KHAIRY JAMALUDIN TIADA DALAM KABINET BARU NAJIB
Aku baru balik dari kelas dan bergegas buka tv untuk lihat secara langsung pengumuman kabinet baru Malaysia. Baru rasa menarik kalau kita dengar sendiri pengumuman tu kan. Nasib baik sempat.
Berikut adalah senarai penuh Kabinet baru Malaysia:
SENARAI ANGGOTA PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
YAB Dato’ Sri Hj Mohd Najib bin Tun Hj Abdul Razak
Perdana Menteri
YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Perdana Menteri
JABATAN PERDANA MENTERI
Menteri
Tan Sri Datuk Dr Koh Tsu Koon
Bertanggungjawab ke atas Hal Ehwal Perpaduan dan Pengurusan Prestasi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Bertanggungjawab dalam hal ehwal perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Bertanggungjawab ke atas Unit Perancangan Ekonomi
Mejar General Datuk Jamil Khir Baharom
Bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama Islam
Timbalan –Timbalan Menteri
Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim (Senator)
Datuk S K Devamany
Encik Ahmad Maslan
Encik T. Murugiah (Senator)
KEMENTERIAN KEWANGAN
Menteri : Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak
Menteri II : Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlan
Timbalan : Datuk Chor Chee Heung
Timbalan : Datuk Dr Awang Adek Hussein (Senator)
KEMENTERIAN PELAJARAN
Menteri : Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan : Datuk Dr. Wee Ka Siong
Timbalan : Datuk Dr Puad Zakarshi
KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
Menteri : Datuk Ong Tee Keat
Timbalan : Datuk Abdul Rahim Bakri
Timbalan : Datuk Robert Lau Hoi Chew
KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
Menteri : Tan Sri Bernard Dompok
Timbalan : Datuk Hamzah Zainuddin
KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Menteri : Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein
Timbalan : Dato’ Wira Abu Seman Yusop
Timbalan : Encik Jelaing anak Mersat
KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI, KESENIAN DAN
KEBUDAYAAN
Menteri : Dato’ Seri Dr Rais Yatim
Timbalan : Datuk Joseph Salang Gandum
Timbalan : Puan Heng Seai Kie (Senator)
KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
Menteri : Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan : Puan Noriah Kasnon
KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Menteri : Datuk Seri Shafie Apdal
Timbalan : Datuk Hassan Malek
Timbalan : Datuk Joseph Entulu anak Belaun
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
Menteri : Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Timbalan : Datuk Dr Hou Kok Chung
Timbalan : Datuk Saifuddin Abdullah
KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Menteri : Datuk Mustapa Mohamad
Timbalan : Dato’ Mukhriz bin Tun Dr Mahathir
Timbalan : Datuk Jacob Dungau Sagan
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
Menteri : Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan : Encik Fadillah Yusof
KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
Menteri : Datuk Douglas Unggah Embas
Timbalan : Tan Sri Joseph Kurup
KEMENTERIAN PELANCONGAN
Menteri : Datuk Ng Yen Yen
Timbalan : Datuk Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Menteri : Datuk Noh Omar
Timbalan : Datuk Johari Baharum
Timbalan : Datuk Rohani Abdul Karim
KEMENTERIAN PERTAHANAN
Menteri : Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan : Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
KEMENTERIAN KERJA RAYA
Menteri : Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan : Datuk Yong Khoon Seng
KEMENTERIAN KESIHATAN
Menteri : Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan : Datuk Rosnah Rashid Shilin
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
Menteri : Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan : Datuk Razali Ibrahim
Timbalan : Encik Wee Jeck Seng
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
Menteri : Datuk Dr. S. Subramaniam
Timbalan : Datuk Maznah Mazlan (Senator)
KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN
HAL EHWAL PENGGUNA
Menteri : Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan : Datuk Tan Lian Hoe
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Menteri : Datuk Kong Cho Ha
Timbalan : Datuk Lajim Ukin
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Menteri : Datuk Shahrizat Jalil (Senator)
Timbalan : Datuk Paduka Chew Mei Fun
KEMENTERIAN LUAR NEGERI
Menteri : Datuk Anifah Aman
Timbalan : A. Kohilan Pillay (Senator)
Timbalan : Datuk Lee Chee Leong
KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Menteri : Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan : Datuk M Saravanan
Ada beberapa perkara yang menarik dalam pembentukan kabinet baru Malaysia di bawah Pak Najib ini.
1. Yang penting dan ramai tertunggu-tunggu ialah samada Khairy ada dalam kabinet atau tidak? Akhirnya terjawab dengan keputusan sukar Najib dengan mengenepikan Khairy dalam kabinet barunya dalam masa yang sama meletakkan Naib Ketua pemuda sebagai timbalan menteri dan pencabar Khairy yang tumpas anak Tun M iaitu Mukhriz juga sebagai timbalan menteri. Memang sukar buat Pak Najib sebab orang akan cakap macam2. Mukhriz naik sebab tekanan dari Tun dan kalau Khairy naik orang akan kata menantu Pak Lah akan berkuasa. Pada aku tindakan dan pilihan ini bijak. Khairy kalau diangkat pasti mencalarkan kredibiliti Najib jadi tak perlu lah dalam kabinet. Mukhriz yang kalah mengapa dilantik menjadi menteri? Susah juga nak jawab. jadi langkah terbaik bagi sahaja jawatan timbalan menteri. Selesai cerita.
2. Kewujudan kementerian baru iaitu Kementerian tenaga, teknologi hijau dan air.
3. Membawa masuk menteri dan timbalan menteri dari Sabah dan Sarawak dalam jumlah yang besar.
4. Datuk Seri Shahrizat diberi kepercayaan menerajui sekali lagi Kementerian Pembangunan Wanita dan Hal Ehwal Keluarga. Kemenangan senagai ketua wanita UMNO memberi ruang jalan ini kepadanya untuk berkhidmat sekali lagi di kementerian ini. Kena buat sambutan semula lah nampaknya kakitangan kementerian.
5. Datuk Shafie Apdal diletakkan di Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang mana sebelum ini beliau dijangka diletakkan di Kementerian Pertahanan.
6. Datuk Seri Zahid Hamidi diberi kepercayaan menerajui Kementerian Pertahanan. Sesuatu yang diluar jangkaan.
7. Antara muka lama yang disingkirkan ialah Datuk Seri Syed Hamid Albar, Shahrir Samad, Azalina Othman Said,Tan Sri Rafidah Aziz, Muhamad M.Taib dan Ir Mohd Zain.
Yang diharapkan semua bekerja keras melaksanakan tanggungjawab masing-masing.