Sudah lama aku tidak komen mengenai Akademi Fantasia. Sebab aku pun sudah lama tidak mengikuti secara langsung di peti tv kecil konsert2 nya. Sebab lebih tertarik dengan American Idol untuk ditonton. Lagipun kalau tak tengok live boleh tengok semula, maklumlah ia akan diulang diulang dan diulang. Aku sebenarnya tidak lah mengikuti sangat dan menunggu konsert setiap minggu. Kalau aku ada didepan tv semasa konsert aku tengoklah,kalau tidak tidak lah. tetapi aku mengikuti juga perkembangan industri ini.
Kesimpulannya apa asal usulnya aku tertulis juga AF7 ini?
Hari ni mood untuk keluar rumah tiada. Penat baru berhujung minggu (sabtu dan ahad) di Melaka tak habis lagi. Mood keluar rumah memang tiada. Kawan ajak keluar tengok wayang pun ditolak~maaf.
Duduk rumah dan menghadap tv sahaja. Terbuka channel 104 dan ada ulangan konsert AF7 konsert yang menyajikan kelainan yang mana peserta lelaki menyanyikan lagu wanita Datuk Siti dan peserta wanita menyanyi lagu lelaki Amy Search. Ok baguslah kelainan. Tiba2 selepas peserta Aril membuat persembahan dan di kritik oleh para pengkritik ada satu kejadian aneh pada aku berlaku dan terus aku kata kenapa bodoh sangat ni?
kejadiannya ialah selepas pengkritik habis mengkritik ada tenaga pengajar yang bangun dan mengkritik pula kritikan para pengkritik.
1. Astro panggil pengkritik pastilah untuk mengkritik dengan pandangan masing2. kalau perlu ikut pandangan pengajar lebih baik suruh tenaga pengajar ini jadi pengkritik!! semakin bodoh atau tidak?
2. Kalaupun apa yang dikatakan betul, aku rasa tidak perlu lah ada pengajar yang bangun untuk memberi penjelasan semasa konsert berlangsung sebab bukannya penting pun penjelasan yang dibuat tu. Tak penting mana.
3. Aku rasa tenaga pengajar semua tak perlu pergi tengok konsert secara live sebab muka memang sentiasa rasa macam bagus je atau bahasa mudah nya muka poyo setiap kali pengkritik mengkritik.
Ohh, sebelum entry aku ini tamat bangun lagi seorang tenaga pengajar menjelaskan pemilihan lagu ini adalah oleh mereka dan bukan pelajar. So?
