ZARULAZHAR

Entries categorized as ‘Sosial’

PPSMI dimansuhkan semula

Julai 10, 2009 · 5 komen

Assalamualaikum wbt. Isu yg timbul ini pasti masih diperbualkan semua orang. Dato’ datin tan sri toh puan YB tuan makcik pakcik abang kakak adik guru pensyarah ibu bapa anak kecil pun!!! mengambil tempat memperhati perkembangan PPSMI.

Sejarahnya kalian boleh baca dibanyak laman sesawang dan blog. Diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir dan dimansuhkan oleh Kementerian Pelajaran dibawah pimpinan Dato Seri Muhyidin Yassin pada 2012 secara berperingkat.

Isunya ialah kenapa dimansuhkan dan kenapa tidak dimansuhkan?

Kewajaran utama ia dimansuhkan adalah atas alasan:

Keciciran pelajar di kawasan pedalaman yg akhirnya mewujudkan jurang pendidikan antara pelajar bandar dan luar bandar

Yang terfikir ialah mengapa agaknya kerajaan perlu mewujudkan pelajaran sains? mungkin ia juga wajar dimansuhkan. Sebab sekolah pedalaman bnyk kurang fasiliti. Tetapi tidak boleh sebab sains penting! Masalahnya bahasa inggeris juga penting!

Tetapi dari sudut pemahaman umumnya kita pasti kasihan kerana pelajar2 ini yg belajar dlm bahasa melayu pun merangkak2 apatah lagi mahu mengusainya dalam bahasa inggeris. Tambah nazak lagi apabila guru2 yg mengajar pun lemah dalam bahasa inggeris. Bahaya takut tersesat pula ilmu yg diajar.Kasihan guru2. Ada juga kewajaran untuk dimansuhkan.

Namun yg menjadi soalnya belajar sains dan matematik dalam dalam bahasa inggeris ini bukan macam kita belajar bahasa inggeris perlu betul semua tatabahasa. Konsepnya selagi jawapan dapat disampaikan maksudnya maka jawapan boleh diterima. Perkataan yang ada pun bukan yang pelik2 macam kita belajar sastera inggeris!

Lagipun tahukah anda UITM adalah salah satu universiti yang menjadikan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar. Dan di universiti inilah juga ramai anak2 kampung desa dan pedalaman mengambil tempat untuk belajar. Dan universiti ini juga mampu melahirkan mahasiswa yang baik walaupun anak2 desa ini belajar dalam bahasa inggeris! Jadi apakah justifikasi anak desa tidak tahu belajar dalam bahasa inggeris?

Tapi itu mungkin kerana kematangan dan mereka sudah dewasa dan mempunyai kemampuan menyerap perubahan di sekitar tidak seperti adik2 yg baru mengenal ABC dan 123.

Pepatah melayu kata meluntur buluh biar dari rebungnya.Benarkah dan sesuaikah pepatah ini dgn isu PPSMI? Anda menentukannya.

Mempertahankan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan

Banyak cara mempertahankan dan mendaulatkan bahasa melayu selain daripada sibuk mengajar 2 subjek dalam bahasa melayu!

Antaranya ialah mewajibkan semua ucapan menteri,ahli YB dan kepimpinan yang menjadi teladan kepada rakyat dalam bahasa melayu.bukan hanya pada majlis rasmi.

Memperkasakan DBP.

Mewujudkan sistem P&P yang lebih baik dan bukan orientasi periksa sahaja.

Mengukuhkan nilai bahasa dengan mewujudkan standard yg jelas.  Bukan berubah2 sepanjang masa.

Ini semua jauh lebih penting dari sibuk mahu berjuang sains dan matematik dalam bahasa melayu. Bahasa melayu tercalar bukan sebab PPSMI tapi sebab lain. Punca calarnya bahasa melayu perlu dicari. dan perlu diselesaikan puncanya.

Hanya belajar dalam bahasa inggeris untuk 2 subjek pasti tidak menjadikan kita berjiwa Amerika atau Eropah. Apakah salahnya PPSMI.

Penyelesaian isu

Akhirnya PPSMI dimansuhkan: Ada yang setuju dan ada yang tidak setuju. Ada yang kata keputusan ini tidak perlu lagi dipersoalkan. Aku menerima keputusan kerajaan kerana mereka pasti telah melakukan keputusan berasaskan penyelidikan yang rapi dan teliti.

Namun pegangan aku masih sama. PPSMI WAJAR DALAM BAHASA INGGERIS kerana ia tidak mencemarkan bahasa pun.

Kata Menteri pelajaran: Bahasa Melayu didaulatkan dan bahasa inggeris diperkasakan:

Maka bilangan jam belajar bahasa inggeris ditingkatkan dari sekolah rendah hingga ke Menengah tinggi.

Masalahnya! mematapkan bahasa inggeris bukan dengan menambahkan waktu belajar tetapi memperbaiki sistem P&P bahasa inggeris yang sangat membosankan. Ia perlu diubah untuk menjadikan pelajaran bahasa inggeris lebih menarik anak2 belajar.

Ini adalah pengalaman. Kalau belajar dalam kelas 1 jam rasanya yang dibelajar hanya 10 minit sahaja. Kerana sistem pembelajaran bahasa inggeris di malaysia ini sangat tidak menarik. Masuk kelas buka buku buat karangan dan latihan. Ia perlu diubah menjadi lebih praktikal untuk memgembangkan minat dikalangan anak2.

Kategori: Sosial
Tagged: ,

Patah tumbuh hilang berganti

Disember 30, 2008 · Tinggalkan Komen

kkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkPatah dan hilang

Almarhum Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke 10, Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman, 86

mh_011gaaaaaaaaaaaaaaa

Tumbuh dan berganti

Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, 60, dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11

Kategori: Sosial

Penghinaan kepada nabi Muhammad saw

Disember 26, 2008 · Tinggalkan Komen

Saban hari bagai cendawan subur selepas hujan begitu juga blog tumbuh dimerata dan pelusuk padang laman sesawang besar dan luas ini. Sudah banyak yg dilawati yang menghina bangsa Melayu,India,Cina dan segalanya. Isu penghinaan Nabi Muhammad saw juga banyak apatah lagi caci maki utk muslim. biasa. aku tepu. kenapa masih ada?

Tapi isu ini bangkit lbh segar dari cendawan biasa yang tumbuh. bukan lps hujan tapi tiba2 dlm terik matahari. memang menyinar sampai buletin utama siarkan sebagai berita utamanya. kenapa?

susah nak komen banyak2 sebab ini dunia siber. penulis perkenalkan dirinya adibah ahmad. islam. soalnya betulkah islam? uncertainty. tapi aku yakin maklumat penulis semuanya palsu dan tipu.

http://adibahahmad.blogspot.com

inilah alamat blog yang bakal menerima kunjungan ramai orang. blog menghina Muhammad saw. nabi junjungan umat islam. senang sahaja nak popularkan blog sendiri dalam tempoh sekejap. tulis sahaja apa2 yang boleh buat orang lain marah. orang gaduh. dan segala gala yang tak elok.

anda berminat untuk tahu apa yang ada dalam bog tersebut anda boleh lah pergi lihat2 dan fikirkan apakah motif dan fikiran pemilik bog tersebut adibah ahmad ( mungkin nama yg dicipta sahaja)..

apa yang aku baca dan lihat katanya

“I am open minded, modern thinking,fun loving individual, like to challenge all the old thoughts”

tapi pelik kandungan blognya tidak pun tunjuk apa yang terbuka nya fikiran-kalau terbuka mungkin anda boleh cakap pasal dasar ekonomi negara juga… apakah memburukkan nabi adalah lambang fikiran terbuka? ini tidak terbuka, apa yang modennya? rasanya orang moden lah tak buat kerja gile dan tidak berguna ni. cari pasal dengan orang. menghina rasulullah saw. setahu akulah orang jahil zaman dulu yang menghina nabi sebegini. mungkin die terlebih moden..kelakar sebab tak tahu makna moden.
fikiran lampau-die tgh berfikir melampau bukan menolak fikiran lampau dan lama.

jangan melatah untuk semua muslimin dan muslimat. kita tidak tahu apa dan siapa dia. moga Allah memberi balasan secukupnya untuk dia. lebih baik kalau hatinya terbuka sendiri….untuk menginsafi diri sebab dia kan berfikiran terbuka….

cuma…kalau dahulu sibuk cakap mengenai boggers yang menganggu ketenteraman awam perlu ditahan dan ditangkap dibawah ISA. aku rasa ini lah masa yang tepat sesuai untuk buat segalanya.. undang2 boleh digunakan dan perlu digunakan untuk mengesan dan menghukum pengirim tulisan blog yang tidak hormat kepada kepelbagaian agama di Malaysia.

semua ia menjadi kekuatan kepada umat islam bersatu menentang penghinaan kpd seuruh muslimin dan muslimat

segala2nya ada pada kita. kita yang menentukannya disamping izin dari tuhan pencipta.

Kategori: Sosial · Uncategorized

Kisah rita rudaini dan aidil zafuan

Disember 18, 2008 · 8 komen

aidil1

image002bf6rita1

lama menghilang diri dari dunia blog ini. kurang rasa gembira untuk biar tangan menaip ringkas kisah di persekitaran. macam2 mula terjadi dan terus berubah.dari politik malaysia hingga kisah dunia hiburan yang tak akan kontang dari kontroversi.
kisah aidil dan rita mencuri sedikit hati aku utk mencoret kisah yg terjadi ini. aku tertarik pada beberapa fakta yg menarik.
1. beza umur mereka 11 thun. rita 32thn dan aidil 21 thn
2. menyembunyikan pernikahan di songkla selama 10 bulan tanpa dihidu sesiapa hatta ibibapa dan kember aidil sendiri. aidil dan rita memang boleh jadi penyimpan rahsia.

banyak lagi kisah begini yg berlaku disekeliling kita.namun yang berbeza adalah mereka berdua memang dikenali oleh seluruh umat manusia di malaysia. makahangatlah cerita ini dijaja. pasti pengusaha surat khabar dan majalah suka sebab jualan mereka akan meningkat sebab boleh dipanaskan dan dihangatkan dengan cerita ini. tambahan lagi warga malaysia memang suka mencari ilmu sebegini berbanding baca tentang rang undang2 kehakiman dan suruhanjaya anti rasuah yang paklah bentangkan.realiti.

pada perspektif aku yang kurang arif tentang dunia artis ini.. mungkin ada baiknya juga mereka kahwin. sebab elakkan maksiat berlaku dan bersyukurlah kita sebab tak lah mereka jadi penyumbang kelahiran anak tanpa nama ayah dalam surat beranaknya.
aku rasa kita tidak tahu apa yang berlaku sehingga memaksa mereka ini bernikah jauh di Thailand yang sedang bergolak.terlalu gigih mereka berjuang untuk bernikah berbanding bernikah di malaysia yang aman dan damai ini. mungkin kita tidak tahu ada kisah disebalik kisah inikan? akhirnya keputusan mereka sepakat.
cuma dari perspektif manusia yang masih berkeluarga ada ibubapa ini adalah sesuatu yang kurang tepat. kasihan keluarga kita yang pasti mahu melihat pembinaan masjid anak2 dibuat dengan rapi meriah dan teratur berbanding pembinaan menggunakan konsep redah sahaja. penghormatan kepada ibubapa yang diabaikan pasti sedikit merenggangkan hubungan kekeluargaan nanti.
kalau aku disuruh beri nasihat pada mereka berdua ini.. aku pasti kata mereka perlu bersyukur dan memelihara pernikahan mereka ini sebaiknya dan selamanya. sebab semua sudah terjadi dan tidak perlu lagi ada yang marah2. cuma pulang segere menghadap keluarga memohon restu dan ampun agar hidup akan tuhan berkati sebab dalam keadaan apa jua sekalipun kita memang tidak boleh membelakangkan ibubapa kita. sebab mereka lah yang menjadikan kita seperti sekarang ini yang sudah besar dan boleh membuat keputusan sendiri kalaupun tidak diberi.
aku mendoakan agar mereka kekal sebagai suami isteri yang sah.tak kisah lah andai nasihat ni diterima atau tidak. tapi percayalah hidup tidak akan gembira tanpa restu ibubapa.
hehe…bolehlah mendaftar sebagai pasangan sehati berdansa untuk musim depan untuk teruskan penyertaan seorang selebriti bola sepak tempatan.

Kategori: Sosial

SEDEKAH SEKS

September 29, 2008 · Tinggalkan Komen

Sekarang ini pelbagai isu ada. Dari peralihan kuasa kepimpinan tertinggi negara, perebutan kuasa, serang menyerang, ISA disalah gunakan, dan macam-macam lagi.
Tapi antara semua kemelut yang memeningkan ini aku tertarik untuk menulis sedikit tentang sedekah seks.

Isu yang timbul dalam kes Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan yang mengaku menerima habuan seks wanita warga China berhubung skandal rasuah membabitkan projek membangunkan tanah seluas 36 hektar bernilai RM180 juta di Seri Iskandar di sini.

ISUNYA…
Apabila beliau menafikan beliau meminta habuan seks sebaliknya menegaskan orang yang menawarkan kepada beliau. Katanya ia sama seperti orang memberi sedekah. Takkan tak mahu ambilkan.
Haha… aku jadi kelakar sebab kenyataan ini dikeluarkan oleh bukan orang biasa… bagaimana agaknya beliau boleh samakan pemberian sedekah dengan pemberian habuan seks sebagai rasuah? kalaupun beliau ni nak ikut konsep sedekah, tidak tahukah beliau bahawa beliau ini banyak wang dan tak layak terima sedekah. maknanya beliau perlu menolak ’sedekah’ tersebut.

Pun begitu, tidak ada dan tidak boleh pun beliau samakan 2 amalan yang bertentangan ini. Malu!!
Tujuan sedekah untuk menjadi platform pembersihan diri dengan membantu orang kurang berkemampuan agar dapat sama2 merasai nikmat hidup di dunia Allah ini dan mencari keredhaan tuhan. Bagaimana agaknya seks ini boleh menjadi platform pembersihan diri? bagaimana juga agaknya ia boleh menjadi medan mencari keredhaan tuhan?

Aku tidak pernah nampak dimana hubungannya antara dua ayat dan perkataan tersebut.

Em… akhirnya alasannya adalah kesalahan tak sengaja. haha..biasalah tu. bila dah kene serang memang banyak alasan sebegini timbul.Aku setuju dengan pendapat Timbalan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Kamarul Zaman Shaharudin. katanya ini adalah perkataan biasa dan tidak logik boleh salah sebab ia bukan ayat teknikal.

Apapun..sedekah seks ini adalah perkara yang perlu diberi perhatian juga oleh BPR demi mewujudkan negara Malaysia bebas rasuah.

Kategori: Politik · Sosial
Tagged:

Berakhirnya AF 2008

Mei 25, 2008 · 1 Komen

Setelah sekian lama AF atau Akademi Fantasia bersiaran di Astro akhirnya sampai pada malam penentuan siapakah juara baru yang dihasilkan. Haha.. walaupun AF sudah lama tapi satu keistimewaan yang masih kekal dan tak berubah ialah tentang gimik2 yang sentiasa membuatkan aku geli. hmmm.. aku tak pasti orang lain. mesti akan ada orang tanya kalau dah geli kenapa nak tengok lagi? Jawapannya mudah, sebab aku sentiasa menanti apakah AF akan berubah supaya lebih matang atau kekal untuk aku rasa geli.

Konsert akhir adalah kemuncak segalanya dan ia juga adalah kemuncak gelinya gimik AF. Tekaan aku tentang peserta yang akan ke final meleset. Mungkin orang semakin bijak memilih. Sebab tu Toi juga ke pentas final… Aku baru balik dari utara tanah air Sintok Kedah 20minit sebelum konsert bermula.

Gimik pertama… pengkritik muncul sambil menyanyi dipentas. apa perlunya? nak bagitau suara pengkritik ni pun teruk ke apa?

Lagi… isteri Toi muncul di pentas semasa toi menyanyi.. haha..gembira toi.. tapi rasanya dalam tempoh 1jam lepas tu toi memang dah boleh jumpa isterinya.. apa perlunya? haha

dan lagi AC Mizal berlawak jenaka dengan diri sendiri. Aku tak rasa kelakar sebaliknya meluat sebab dia terlalu mencuba untuk buat orang gelak. haha..

dan pada pandangan aku nadia antara yang terbaik malam tu tapi sayangnya pengundi memilih dia sebagai paling teruk. Rakyat Malaysia semakin bijak.

Hmmm..kalau lah ada AF yang akan datang aku nak cadangkan supaya Astro cari pengganti AC supaya Ac boleh mengacara program Ac disini semula.. Lebih sesuai..

Kategori: Sosial
Tagged:

YUSNI JAAFAR KEMBALI KE RAHMATULLAH

April 1, 2008 · Tinggalkan Komen

yusnijaafar_big.jpg

 ALLAHYARHAMAH YUSNI JAAFAR

Al fatihah kita sedekah kan kepada salah seorang seniwati tanah air yang telah pergi meninggalkan dunia ini.Beliau meninggal dunia pada jam 2.30pagi kerana kerosakan pada hati pada usia 63 tahun.

Moga2 beliau ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. aminn.

Kategori: Sosial · Uncategorized

Keputusan SPM 2007

Mac 12, 2008 · Tinggalkan Komen

mh_02_big.jpg

Hai Ren dan Azali

1.Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Yan, Kedah, Azali Azlan memperoleh 20 1A dan satu 2A

2. Norlaila Najwa Hasbullah, 17, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang Patah memperoleh 19A (16A1 dan 3A2)

3.Quek Hai Ren dari SMK Hwa Lian, Mentakab Pahang pula memperoleh 16 1A.

Ini adalah antara pelajar yang memperoleh jumlah A terbanyak untuk SPM tahun 2007. pelajar Melayu setiap tahun pasti ada seorang dua yang mendapat A yang sangat banyak dengan mengambil matapelajaran tambahan. Ini semua bermula dengan Amalina yang memperoleh 17A1.

Soalnya bagus atau tidak tindakan berani mereka ini?

Kategori: Sosial

AF 6 SUDAH KEMBALI

Mac 11, 2008 · Tinggalkan Komen

af6_cs_2.jpg
Aku memang tengok AF tapi kalau memang depan mata atau final sahaja.Tapi aku tak pernah mengundi untuk calon AF. Lagi baik aku sms dengan mak ayah aku. Kadang2 aku memang tertunggu AF sebab nak tahu apa lagi kontroversi yang akan dicipta Astro untuk memancing penonton. Mudah aku simpulkan kebanyakan usaha ini-memualkan-meloyakan-klise-meluat-menyampah-merendahkan nilai pertandingan-dan macam2 lagi yang boleh aku katakan. Aku rasa tak salah adakan AF, tapi kurangkan lah elemen kontroversi ciptaan yang menggelikan ni. Astro perlukan perubahan!! Haha.. macam bertanding pilihanraya pulak Astro ni.Aku bukan apa,cuma kadang2 tertanya2 pengundi setia rancangan ini bagaimana mereka ni boleh tertipu dengan paparan yang teruk dan dibuat2 ni.membazir.

AF6 menjelma.Macam biasa pasti adalah helah kelakar Astro.

Terbaru: nenek berusia 44 tahun bertanding. memang saja je nak tarik sms simpati melalui nenek ni(rina). Aku rasa nenek ni akan jadi macam Mas AF dulu. Kakak Siti pun layak.Tapi dari 5 Af yang lalu aku ramalkan Siti Saida ni takkan bertahan lama.

Apa kata kita main teka2 siapa yang bakal mengungguli undian pada minggu2 awal AF6. Dibawah ni adalah ramalan aku.

alif af6  ALIF     af6_pelajar_faisal.jpg  FAISAL   af6_pelajar_rina.jpg  RINA

Aku tak pernah dengar lagi diorang nyanyi tapi aku teka 3 calon yang akan mendominasi undian untuk peringkat awal ialah : Faisal,Rina dan Alif. Alasannya tak perlu diberitahu pasti semua orang tahu.

Rancangan ini menarik tapi aku cukup tak suka dengan pendekatan perjalanan program yang direka-reka dan dilakonkan oleh peserta2 nya. Kita tunggu apa yang akan jadi. Anda teka siapa yang akan jadi peserta yang mengungguli undian? Tak perlu dengar suara tapi anda sudah boleh teka..

Kategori: Sosial