ZARULAZHAR

Entries categorized as ‘Politik’

Antara Nizar dan Dr Zamry

Mei 12, 2009 · 9 komen

Kisah antara dua zaman

Satu persatu kontroversi timbul dalam kerajaan Perak. Main rebut-rebut.  Bila terkenang dan terfikir pasal isu ini aku pasti teringat nostalgia semasa kecil. Waktu budak2. Akal pun pendek. Tidak tahu baik buruk lagi. Belum matang. Kalau mahu tetap mahu sampai menangis tak henti henti mahukan apa yang dimahu.

Masa kecil2 selalu rebut2 barang dengan adik beradik. Kadang2 dengan adik kecil sendiri, dengan kakak atau abang pun boleh jadi. Apatah lagi dengan kawan sekelas dan anak jiran sebelah rumah.

Tapi itulah. Emak tak marah sebab katanya “alah.budak2 kecik,apa lah yang tahu”

Biarlah mereka berebut. Berebut ini suatu kebiasaan buat anak2 kecil.

Bila duduk depan tv dengan emak. lihatlah orang main rebut rebut siapa MB. Emak marah pula kali ini. Bukankah yang rebut2 ini budak2 kecil. Kenapa emak marah? Marah pada Nizar atau pada Zamry yang berebut?

MOHD NIZAR JAMALUDDIN

Gambar ketua pasukan Hijau (warna warni juga)  main rebut kerusi?

ZAMBRY ABDUL KADIR

Gambar ketua pasukan rumah Biru main rebut kerusi?

Kisah duka dan gembira

Suka dan duka memang biasa. Yang berebut dan dapat yang direbut suka. Yang tak dapat berduka. Tapi lepas tu boleh rebut lagi. Mungkin akan dapat dan jadi suka semula. Dan yang suka awalnya jadi sedih semula.

Dalam main rebut rebut ini. Agaknya apalah nasib orang yang memilih agaknya. Main tukar2 MB macam tukar baju agaknya. Kenapa suka rebut rebut. Ini mainan anak kecil.

Rakyat memerhati dan melihat. Aduh, ini rupanya orang yang aku pilih untuk membina negeri yang dicintai. Macam anak2 kecil main rebut2 cuma berbeza sedikit sahaja cara rebut.

Pernah siapa cakap apa nasib negeri. Berebut untuk kepentingan rakyat atau kuasa sendiri? Kalau berkuasa banyak yang boleh dinikmati. Semua sekali.

Lepas ini kita boleh main2 jual2 barang pula. Boleh belajar berniaga. Main beli kereta kemudian kita jual balik. Lepas ini boleh lah beli semula yang sudah dijual.

toyota_camry_new

Aku sudah loya. pening. bosan. meluat.

Kategori: Politik
Tagged: , , , , ,

Penjelasan pemansuhan MECD II

April 13, 2009 · 3 komen

Ramai yang tertanya-tanya tentang apa yang akan jadi kepada fungsi MECD selepas dimansuhkan?

Berikut fungsi-fungsi dan agensi-agensi MECD yang diserapkan:

Pembangunan dan Penggalakan Sistem Francais dan Pembangunan Skim Vendor dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Pembangunan Masyarakat Perindustrian Perdagangan Bumiputera, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan Bank SME ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Pembangunan Koperasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Maktab Kerjasama Malaysia ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) ke Jabatan Perdana Menteri.

Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) ke Kementerian Kerja Raya.

Perbadanan-Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan Bank Rakyat ke Kementerian Kewangan.

Majlis Amanah Rakyat (Mara) ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Malaysia Japan University (MAJU) ke Kementerian Pengajian Tinggi.

Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Semoga penjelasan ini merungkai semua prasangka dan persoalan. Walaupun lambat sedikit.

Aku bukan pandai sangat menganalisis politik negara.

Aku juga bukan bijak pandai memberi buah fikir tentang situasi politik negara.

Tapi ini hanya pandangan anak Malaysia yang sentiasa mendoakan negaranya terus harmoni dan sejahtera.

Bukankah membentuk kabinet memerlukan ketelusan? membentuk kabinet juga memerlukan ketepatan dan analisis mendalam sebab ini semua rakyat sentiasa memerhati. Kalau salah langkah rakyat akan marah. Nanti yang susah pasti kerajaan takut nanti hilang kuasa.Bila rakyat marah.

Menjadi isu besar kemana fungsi kementerian usahawan dan koperasi. Aku percaya kerajaan tidak akan semudahnya melupuskan kementerian ini tanpa asas. Pasti ada tindakan yang diambil untuk memastikan hak dan istimewa rakyat dijaga.

Memang baik. Tetapi ini semua perlu dijelaskan kepada rakyat segera supaya mereka yakin dengan apa yang dibentuk. Undi pada mereka.

Tahukah mereka perkara sekecil ini pun harus dilihat dan dinilai. Seharusnya penjelasan ini telah dibuat awal2 lagi supaya tidak akan menjadi isu besar dan bakal menghilangkan percaya rakyat lagi. Pada aku ini isu besar yang perlu dijelaskan sejak awal pengumuman pemansuhan kementerian ini.

Jangan bagi peluang orang mengambil peluang menyerang.

Baca utusan malaysia ini penjelasannya:

KUALA LUMPUR 12 April – Kerajaan memberi jaminan kepentingan masyarakat bumiputera di negara ini tidak akan diabaikan walaupun Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) telah dimansuhkan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, konsep Kabinet ialah membuat keputusan berdasarkan tanggungjawab bersama yang membabitkan semua kementerian dan tidak memberi tumpuan kepada kementerian tertentu saja.

“Di mana-mana pun Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) boleh letak (agensi di bawah MeCD). Dulu Felda di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, kemudian dipindah ke Jabatan Perdana Menteri. Diletak di mana pun tanggungjawab agensi ini masih penting.

“Keputusan Kabinet kolektif, dasar yang dipersetujui bersama seperti pembangunan bumiputera dan usaha menterjemahkan beberapa prinsip Dasar Ekonomi Baru (DEB) ke dalam konteks sekarang, masih menjadi agenda Kabinet,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis tahlil dan doa selamat serta meraikan ahli-ahli UMNO Bahagian Pagoh di kediamannya di Bukit Damansara di sini hari ini.

Pada majlis itu, Muhyiddin menerima memorandum daripada Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar yang antara kandungannya meminta kerajaan mewujudkan kembali MeCD bagi meneruskan agenda membela bumiputera dengan berkesan.

Agensi di bawah MeCD iaitu Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) kini diserapkan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) pula diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, beliau mengetahui sebab Najib memansuhkan MeCD tetapi setakat ini tidak bercadang menjelaskan tujuannya kepada khalayak umum.

“Sesuatu perkara yang dibuat oleh Perdana Menteri dan Presiden UMNO adalah atas sebab-sebab tertentu, kadang-kadang kita susah hendak faham.

“Saya tahu apa sebab beliau buat begitu. Tetapi tidak perlu pada masa ini untuk saya jelaskan kepada khalayak umum,” katanya.

Menurutnya, sedikit masa lagi kerajaan akan membuat penjelasan terperinci sebab-sebab pemansuhan itu dan tidak pasti sama ada beliau atau Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan yang akan diarahkan oleh Perdana Menteri untuk memberi penerangan itu.

“Jaminan yang saya boleh beri ialah tiada satu pun kementerian atau agensi yang dianggap tidak penting. Jadi kita kena beri kepercayaan kepada kerajaan dan kepada pimpinan kita untuk menjelaskannya.

“Umpamanya Mara, ia badan penting selaras keputusan Kongres Ekonomi Melayu untuk membangunkan usahawan bumiputera dan mendidik anak-anak. Apakah dengan tiada MeCD peranan ini terabai? Saya tak fikir begitu, mungkin lebih utama lagi,” ujarnya.

Mengenai penyerahan memorandum BBPM, Muhyiddin berkata, beliau akan meneliti pandangan yang dikemukakan NGO itu.

“Saya ambil pandangan ini. Perkara ini (pemansuhan MeCD) telah diputuskan oleh Perdana Menteri, mungkin BBPM juga hendak menemui beliau, tidak mengapalah, terserah kepada mereka.

“Mereka telah menyampaikan pandangan sebagai NGO dan terpulang sama ada Perdana Menteri memikirkan pandangan mereka wajar atau lebih sesuai dengan keputusan sebelum ini,” ujarnya.

Kategori: Politik

Penjelasan isu pembubaran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD)

April 13, 2009 · 8 komen

images

tekun

sme

skm_new

pns

pken

mkm

mara

bank_rakyat

uda2

Banyak sungguh orang bertanya kemanakah akan hilangnya fungsi kementerian ini?

Semua  institusi di bawah kementerian ini dibimbangi akan terjejas.

Ramai bumiputera mula resah dan berteka teki. Apakah ini juga satu lagi ancaman kepada hak dan istimewa mereka di bumi Malaysia ini?

Seperti yang aku pernah kata. Pasti kerajaan telah meneliti setiap tindakan mereka dan dalam isu ini juga seperti yang aku katakan memang kementeriannya sudah tiada tetapi fungsi nya masih ada sebab sudah diserapkan ke kementerian lain. Jangan risau semua.

Fungsinya akan diserapkan ke beberapa kementerian lain seperti Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Kemajuan Luar bandar dan Wilayah.

Berikut adalah penjelasan tentang isu ini daripada TPM Muhyiddin Yassin di Utusan Malaysia:

Penjelasan pembubaran MECD dalam masa terdekat

Kerajaan akan memberi penjelasan terperinci berhubung pembubaran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) dalam masa terdekat, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata penjelasan berhubung pembubaran dan fungsi kementerian itu yang telah diserapkan kepada beberapa kementerian lain ekoran pengumuman kabinet baru pada Khamis lepas akan dibuat sama ada oleh beliau sendiri ataupun Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan bahawa kesemua fungsi yang sebelum ini terletak di bawah tanggunggjawab MECD akan diberi perhatian walaupun telah diserapkan kepada kementerian lain.

“Pada peringkat awal semua berminat nak tahu…tapi saya beri jaminan tidak ada satu pun yang dianggap tidak penting…bila kabinet baru dibentuk tentu ada pihak tertanya-tanya mengapa ia ditiadakan tetapi pada dasarnya ia tetap diutamakan,” katanya selepas Majlis Tahlil dan Doa Selamat di kediamannya di sini, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak semasa mengumumkan barisan kabinet barunya pada Khamis lepas telah tidak menyebut MECD dalam senarai kementerian di bawah pentadbirannya.

Najib kemudian mengeluarkan kenyataan akhbar yang memaklumkan semua agensi di bawah MECD disusun semula dan diserapkan kepada beberapa kementerian lain, termasuk ke dalam Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Kemajuan Luar bandar dan Wilayah.

Kategori: Politik
Tagged: , , ,

SENARAI MENTERI MALAYSIA 2009

April 10, 2009 · 21 komen

163b8472e69dedd62bc1c7316388fb20

Saja mahu letak sebab aku baru jumpa dan nampak cantik..

Kategori: Politik

SENARAI PENUH KABINET BARU MALAYSIA 2009

April 9, 2009 · 10 komen

KHAIRY JAMALUDIN TIADA DALAM KABINET BARU NAJIB

Aku baru balik dari kelas dan bergegas buka tv untuk lihat secara langsung pengumuman kabinet baru Malaysia. Baru rasa menarik kalau kita dengar sendiri pengumuman tu kan. Nasib baik sempat.

Berikut adalah senarai penuh Kabinet baru Malaysia:

SENARAI ANGGOTA PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

YAB Dato’ Sri Hj Mohd Najib bin Tun Hj Abdul Razak

Perdana Menteri

YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan Perdana Menteri

JABATAN PERDANA MENTERI

Menteri

Tan Sri Datuk Dr Koh Tsu Koon

Bertanggungjawab ke atas Hal Ehwal Perpaduan dan Pengurusan Prestasi

Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Bertanggungjawab dalam hal ehwal perundangan dan Parlimen

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Bertanggungjawab ke atas Unit Perancangan Ekonomi

Mejar General Datuk Jamil Khir Baharom

Bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama Islam

Timbalan –Timbalan Menteri

Datuk Liew Vui Keong

Datuk Dr Mashitah Ibrahim (Senator)

Datuk S K Devamany

Encik Ahmad Maslan

Encik T. Murugiah (Senator)

KEMENTERIAN KEWANGAN

Menteri : Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak

Menteri II : Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlan

Timbalan : Datuk Chor Chee Heung

Timbalan : Datuk Dr Awang Adek Hussein (Senator)

KEMENTERIAN PELAJARAN

Menteri : Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan : Datuk Dr. Wee Ka Siong

Timbalan : Datuk Dr Puad Zakarshi

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

Menteri : Datuk Ong Tee Keat

Timbalan : Datuk Abdul Rahim Bakri

Timbalan : Datuk Robert Lau Hoi Chew

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI

Menteri : Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan : Datuk Hamzah Zainuddin

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Menteri : Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein

Timbalan : Dato’ Wira Abu Seman Yusop

Timbalan : Encik Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI, KESENIAN DAN

KEBUDAYAAN

Menteri : Dato’ Seri Dr Rais Yatim

Timbalan : Datuk Joseph Salang Gandum

Timbalan : Puan Heng Seai Kie (Senator)

KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR

Menteri : Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan : Puan Noriah Kasnon

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

Menteri : Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan : Datuk Hassan Malek

Timbalan : Datuk Joseph Entulu anak Belaun

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Menteri : Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan : Datuk Dr Hou Kok Chung

Timbalan : Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI

Menteri : Datuk Mustapa Mohamad

Timbalan : Dato’ Mukhriz bin Tun Dr Mahathir

Timbalan : Datuk Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

Menteri : Datuk Dr Maximus Ongkili

Timbalan : Encik Fadillah Yusof

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

Menteri : Datuk Douglas Unggah Embas

Timbalan : Tan Sri Joseph Kurup

KEMENTERIAN PELANCONGAN

Menteri : Datuk Ng Yen Yen

Timbalan : Datuk Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

Menteri : Datuk Noh Omar

Timbalan : Datuk Johari Baharum

Timbalan : Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERTAHANAN

Menteri : Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan : Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN KERJA RAYA

Menteri : Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan : Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN

Menteri : Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan : Datuk Rosnah Rashid Shilin

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

Menteri : Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan : Datuk Razali Ibrahim

Timbalan : Encik Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

Menteri : Datuk Dr. S. Subramaniam

Timbalan : Datuk Maznah Mazlan (Senator)

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN

HAL EHWAL PENGGUNA

Menteri : Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan : Datuk Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

Menteri : Datuk Kong Cho Ha

Timbalan : Datuk Lajim Ukin

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

Menteri : Datuk Shahrizat Jalil (Senator)

Timbalan : Datuk Paduka Chew Mei Fun

KEMENTERIAN LUAR NEGERI

Menteri : Datuk Anifah Aman

Timbalan : A. Kohilan Pillay (Senator)

Timbalan : Datuk Lee Chee Leong

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Menteri : Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan : Datuk M Saravanan

Ada beberapa perkara yang menarik dalam pembentukan kabinet baru Malaysia di bawah Pak Najib ini.

1. Yang penting dan ramai tertunggu-tunggu ialah samada Khairy ada dalam kabinet atau tidak? Akhirnya terjawab dengan keputusan sukar Najib dengan mengenepikan Khairy dalam kabinet barunya dalam masa yang sama meletakkan Naib Ketua pemuda  sebagai timbalan menteri dan pencabar Khairy yang tumpas anak Tun M iaitu Mukhriz juga sebagai timbalan menteri. Memang sukar buat Pak Najib sebab orang akan cakap macam2. Mukhriz naik sebab tekanan dari Tun dan kalau Khairy naik orang akan kata menantu Pak Lah akan berkuasa. Pada aku tindakan dan pilihan ini bijak. Khairy kalau diangkat pasti mencalarkan kredibiliti Najib jadi tak perlu lah dalam  kabinet. Mukhriz yang kalah mengapa dilantik menjadi menteri? Susah juga nak jawab. jadi langkah terbaik bagi sahaja jawatan timbalan menteri. Selesai cerita.

2. Kewujudan kementerian baru iaitu Kementerian tenaga, teknologi hijau dan air.

3. Membawa masuk menteri dan timbalan menteri dari Sabah dan Sarawak dalam jumlah yang besar.

4. Datuk Seri Shahrizat diberi kepercayaan menerajui sekali lagi Kementerian Pembangunan Wanita dan Hal Ehwal Keluarga. Kemenangan senagai ketua wanita UMNO memberi ruang jalan ini kepadanya untuk berkhidmat sekali lagi di kementerian ini. Kena buat sambutan semula lah nampaknya kakitangan kementerian.

5. Datuk Shafie Apdal diletakkan di Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang mana sebelum ini beliau dijangka diletakkan di Kementerian Pertahanan.

6. Datuk Seri Zahid Hamidi diberi kepercayaan menerajui Kementerian Pertahanan. Sesuatu yang diluar jangkaan.

7. Antara muka lama yang disingkirkan ialah Datuk Seri Syed Hamid Albar, Shahrir Samad, Azalina Othman Said,Tan Sri Rafidah Aziz, Muhamad M.Taib dan Ir Mohd Zain.

Yang diharapkan semua bekerja keras melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Kategori: Politik
Tagged: , , , ,

BARISAN KABINET BARU MALAYSIA 2009

April 8, 2009 · 5 komen

Dikhabarkan ke seluruh negara Malaysia semalam yang barisan kepimpinan baru di ketuai Pak Najib akan diketahui hari ini.
Lalu aku pun sehari suntuk menantikan perkhabaran ini. Sekejap-sekejap aku jenguk tv kejap-kejap aku jenguk internet. Masih tiada.

Akhirnya aku jumpa satu pernyataan : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan barisan kabinet barunya di Jabatan Perdana Menteri pada pukul 3 petang esok (9 April 2009)

Terpaksa kita semua menunggu lagi.

Kali ini cukup mendebarkan sebab:
1. Khabarnya Pak Jib akan mengecilkan saiz kabinet. Maksudnya ramai Pak Menteri akan hilang jawatan.
2. Akan ramai muka baru akan mengambil alih pejabat-pejabat besar di Putrajaya. Ramai juga yang sudah tua akan hilang jawatan.
3. Khairy Jamaluddin akan naik sebagai menteri atau tidak? Beliau ketua pemuda. Secara asasnya besar kemungkinan Khairy akan dilantik.

Tapi, desakan kuat di pelbagai peringkat tidak mahu Khairy jadi menteri sebab bermain politik wang. Tun Mahathir jelas-jelas tidak suka Khairy dalam kabinet.

Inilah cabaran buat Najib. Kalau masukkan Khairy nanti Tun M merajuk lagi. Tun M boleh jatuhkan Najib macam Pak Lah ditekan hebat. Siapa mahu jawab?

Biarlah apapun yang jadi.
Siapa pun yang digelar menteri.
Moga-moga bumi Malaysia ini akan terpelihara keharmoniannya.

Anda bacalah kabinet jangkaan oleh Malaysia Kini:

Kabinet Najib esok penuh kejutan

Barisan kabinet baru yang dijangka diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak esok, dipercayai penuh dengan kejutan dengan membariskan ramai muka baru.

Malaysiakini difahamkan bahawa anggota kabinet kali ini terdiri daripada barisan pemimpin yang mendapat sokongan akar umbi dan mereka yang menganggotai Majlis Tertinggi Umno yang baru.

Esok juga, Najib dijangka mengumumkan pelantikan Tan Sri Muhyiddn Yassin sebagai timbalan perdana menteri.

Di samping itu, Muhyiddin juga dijangka dilantik menerajui kementerian dalam negeri.

Selain membariskan ramai muka baru, kabinet esok juga dijangka menyaksikan penggabungan beberapa kementerian.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang memenangi jawatan naib presiden Umno, akan kekal menerajui kementerian pelajaran yang dijangka digabungkan dengan kementerian pengajian tinggi.

Nama-nama lain yang disebut-sebut akan membarisi kabinet baru termasuklah ahli parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir yang dijangka menerajui kementerian belia dan sukan.

Menteri penerangan baru

Manakala penyandangnya, Datuk Ismail Sabri Yaakob – yang turut menang kerusi Majlis Tertinggi Umno – dijangka dipindahkan ke kementerian pelancongan.

Seorang lagi muka ialah Senator Datuk Azian Osman yang dijangka dilantik sebagai menteri di jabatan perdana menteri (JPM).

Beliau yang juga pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menduduki tempat keempat dalam senarai pemenang kerusi MT Umno.

Naib ketua Pemuda Umno yang baru – Datuk Razali Ibrahim - juga dijangka dilantik menerajui kementerian kemajuan luar bandar dan wilayah.

Manakala seorang lagi muka baru ialah ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan yang dijangka dilantik menerajui kementerian penerangan.

Manakala Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi – yang kini menteri di jabatan perdana menteri – dijangka dilantik menggantikan Muhyiddin di kementerian perdagangan antarabangsa dan industri (MITI).

Chor Ha menteri perumahan?

Ahmad memenangi jawatan naib presiden dengan undi tertinggi. Sseorang lagi naib presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal dijangka dilantik sebagai menteri pertahanan.

Manakala menteri pertahanan dijangka diisi oleh seorang lagi muka baru – Datuk Zainal Abidin Osman.

Beliau yang menduduki tempat kelima kerusi MT juga merupakan bendahari Umno Pulau Pinang.

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman pula dijangka dilantik sebagai menteri dengan tugas-tugas khas di JPM.

Manakala Naib Presiden MCA yang baru – Kong Chor Ha – dijangka dilantik sebagai menteri perumahan dan kerajaan tempatan.

Malaysiakini difahamkan, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang juga ahli Parlimen Rembau tidak terpilih menganggotai kabinet baru Najib.

Kategori: Politik
Tagged: , , , , , , , ,

PILIHANRAYA KECIL BUKIT SELAMBAU, BUKIT GANTANG DAN BATANG AI

April 8, 2009 · 1 Komen

Tahniah untuk semua. Baik sungguh rakyat Malaysia membahagikan samarata. Seorang dapat satu kali ini.Tahniah BN PKR dan PAS.

Tidak banyak mahu dicakap.Nak cakap apa lagi sebab suara demokrasi telah diangkat.

Rakyat memilih PKR di Bukit Selambau dimana calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), S. Manikumar menang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau dengan meraih 12,632 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), S. Ganesan dan 13 calon Bebas lain, dengan memperolehi majoriti 2,403 undi.

Rakyat memilih PAS dimana BN memperoleh 19,071 undi manakala Pas 21,860 undi manakala bebas 62 undi.

Dan di Batang Ai Sarawak calon BN menang melengkapkan 3 keputusan pilihanraya kecil ini.

Inilah suara demokrasi rakyat Malaysia. Semua harus terima dan jangan banyak bunyi lagi. Penat dengar banyak propaganda politik negara yang semakin memualkan.

Secara pandangan ramai. Aku berbual dengan rakan2 tentang siapa yang akan menang? dan pandangan peribadi aku?

Ramai yang kata BN akan sapu bersih 3 kerusi yang dipertandingkan. Aku juga rasa BN tiada masalah merampas kerusi diketiga2  tempat.  Atas pandangan UMNO semakin kuat.

Di bawah Pak Najib. Tun Mahathir pun turun memberi sokongan padu. Satu Malaysia. Perubahan positif yang tampak bakal mengambil tempat. Isu yang dibangkitkan pembangkang ditangkis baik oleh kerajaan. Akhirnya, 2 bukit terlepas. Mengapa?

Banyak perlu dinilai oleh BN lebih2 lagi UMNO. Mengapa boleh jadi begini ketika nampak macam boleh menawan.

Mungkin stigma UMNO hanya berjuang untuk Melayu dan mengenepikan hak bangsa lain masih melekat di fikiran ramai. Ramai kata pengundi bukan melayu membuat undi protes lagi kali ini untuk mengundi selain BN.

Biarlah apa sahaja janji bukan BN. Inilah sebabnya akhirnya BN tumbang juga.

PM6 Pak Najib harus buat sesuatu. Tak cukup untuk turun ke Petaling Street sahaja. Tak cukup sekadar tahanan ISA  dibebaskan.Tak cukup konsep satu Malaysia diperkenalkan. Banyak Pak Jib perlu lakukan.

Stigma perkauman perlu dibuang dan dilupuskan.

Aku bukan ahli UMNO dan aku juga belum berkesempatan mengundi lagi. Pilihanraya yang seterusnya baru aku layak mengundi. Sudah daftar pun.

Aku terus terang katakan yang aku tidak yakin pada Anwar Ibrahim untuk memikul mandat sebagai Perdana Menteri. Biarlah sesiapa yang menang atau kalah. Tetapi aku sudah pasti yang aku tidak yakin dengan beliau sebagai Perdana Menteri. Semua orang tahu cerita hitamnya.

UMNO memerintah pun sukar juga sebab banyak sangat politik wang di mana mana. Orang yang didapati bersalah pun boleh menang pilihanraya menjadi ketua kepada tulang belakang UMNO. Khairy Jamaludin. Sudah.Aku memang pening dengan politik Malaysia.

Semoga Allah memberikan kemenangan kepada yang lebih kurang mendatangkan kemudaratan kepada aku…..

Kategori: Politik
Tagged: , , , , , , , , , ,

Tun Abdullah pergi, Datuk Seri Najib pengganti

April 3, 2009 · Tinggalkan Komen

mega

Jasa disanjung~Perdana Menteri Malaysia ke5 akhirnya pergi melepaskan jawatan kepada pengganti.

Kalau dibuat kajian rambang tentang Pak Lah aku pasti ramai yang akan kata Pak Lah tidak menyumbang mana kepada negara berbanding Tun Dr Mahathir. Waktu Dr M berkhidmat ada KLCC, F1 Sepang, KLIA,Putrajaya, KL Tower, Selamat dari krisis ekonomi Asia dan macam macam lagi.

Waktu Pak Lah apa yang ada? Koridor ekonomi Sabah, Sarawak, Iskandar, Pantai Timur dan Utara. Yang orang kata gagal dan penyebab BN hilang banyak kerusi di Parlimen dan hilang 3 negeri.. Aduh. Ada lagi. Islam hadhari diperkenal dan puluhan suruhanjaya ditubuhkan. Pun orang kata sekadar ada dan menyusahkan. Asyik tubuh suruhanjaya sahaja. Tugas melihat rakyat di bawah lupa? Orang juga kata Pak Lah suka tidur. Mungkin khusuk menghayati.hehe. Lagi, orang kata Pak Lah tidak berani macam Tun Dr M. Tunduk dan tidak meyakinkan bila menjawab keraguan rakyat.

Hmmm….mengapa ada persoalan ini timbul? Kasihan juga Pak Lah. Niat untuk membangunkan negara dengan setelus mungkin akhirnya disalah ertikan. salah siapakah? Nak salahkan rakyat pun tidak boleh sebab mereka mahukan yang terbaik daripada pemimpin mereka bukan?

Pada hemat aku, walaupun banyak yang kita rasa tidak puas hati banyak yang kita rasa tidak mengerti apa yang pemimpin ini lakukan. hakikatnya beliau telah menjadi PM 5 tahun lamanya. Pemergian beliau perlu di kenang sebagai PM ke5 malaysia jua. Sekalung penghargaan buat Pak Lah. Beliau mahukan yang terbaik tetapi rakyat mahu yang lebih baik dari itu. Apa yang baik perlu diteruskan oleh delegasi kepimpinan yang seterusnya.Apa yang salah pula perlu di perbaiki dan diganti agar pembinaan negara Malaysia berjaya.

Kita sama2 doakan kebahagiaan Tun Abdullah dan Tun Jeanne….

Bermula kisah baru, Malaysia sudah peroleh PM ke6. Dato Seri Najib Tun Razak. meneruskan legasi kepimpinan keluarga Tun Razak. Beliau kelulusan ekonomi industri dari England. Menteri Besar termuda dalam sejarah Malaysia.

jawi

Memenuhi aspirasi rakyat? Apakah maksud ayat ini agaknya? Pemilihannya kerana beliau memenuhi aspirasi rakyat yang mahu pemimpin seperti beliau atau ini adalah janji oleh beliau untuk memenuhi aspirasi rakyat. Biar apa pun pilihannya beliau pasti perlu memegang tanggungjawab ini. WAJIB memenuhi aspirasi rakyat kerana beliau memang dilantik untuk tujuan itu oleh rakyat Malaysia.

Beliau naik sebagai PM ke6 dengan rekod peribadi yang diburukkan oleh pihak2 tertentu. Aku tak tahu benar atau tidak berita yang timbul mengenai pembabitan penyelewengan dan pembunuhan altantunya wanita Mongolia. Tapi kalau benar ia berlaku apakah tepat pemilihan beliau sebagai pemimpin mengganti? Aduh. Sukar untuk dijawab. Aku bukan penyokong kuat@hardcore kerajaan atau pembangkang. Tapi, aku menerima keputusan mahkamah dan berpegang pada prinsip orang itu tidak bersalah selagi tidak terbukti bersalah. ini prinsip dalam islam yang aku belajar semasa dibangku sekolah darjah 6 lagi…Emak aku juga pesan jangan cepat mahu salahkan orang sebab mungkin orang yang kita itu lebih Allah sayangi daripada kita sendiri. Allahuakbar.

Andai manusia tidak dapat menghukum kita percaya bahawa Allah akan menghukum dengan caranya. Ini bukan kerja kita bukan?

Sebagai manusia dan rakyat Malaysia..setiap kali pemimpin baru mengambil tempat pasti aku juga akan menanti apakah perubahan yang bakal berlaku dalam polisi dan kerajaan. Cuma aku harap:

1. Buang rasuah jauh2 dari kerajaan dan Malaysia. Kalau masih berterusan tak perlu ada pemimpin.

2. Sistem perkhidmatan awam memang wajib diperbaiki!! Terlalu lemah

3. Semua wakil rakyat tidak hanya pandai bermain kata2. Contoh sekarang ini pun, mentang2 pilihanraya di 3 tempat akan berlangsung. Macam2 rakyat dapat. Lepas pilihanraya senyap aje. Inilah masalah besar yang akan terus dan akan berterusan andai PM baru tak mahu ambil berat.

4. Rakyat miskin perlu dibantu. Pembangunan luar bandar perlu menjadi fokus utama.

Macam2 lagi yang Najib perlu buat.

Aku akan terus menanti sebab aku adalah rakyat Malaysia yang sentiasa mahukan PM dan pemimpinnya menjayakan harapan membentuk negara yang cemerlang gemilang dan terbilang.

Kategori: Politik
Tagged: , , , , ,

MENGHARAP TUAH DAN SINAR DARI TRANSFORMASI UMNO

Mac 30, 2009 · Tinggalkan Komen

Sebelum pemilihan UMNO mengambil kedudukan, Malaysia didedahkan dengan tindakan lembaga tatatertib UMNO menyingkirkan seorang calon dari pertandingan namun 2 lagi dibenarkan bertanding dalam keadaan bersalah.

Pak Lah (bakal bergelar Tun Abdullah) telah melepaskan jawatan presiden UMNO iaitu posisi presiden terpenting antara posisi semua presiden parti di Malaysia kepada Najib..

Muhyidin menyingkirkan Muhammad Taib dalam pertembungan 2 penjuru selepas Ali diisytihar tidak layak bertanding

Sebelum itu, barisan wanita UMNO mencipta lakaran sejarah dengan merehatkan Rafidah selepas yakin mengangkat Shahrizat mengetuai sayap kanan pergerakan tertua Malaysia

Muda mudi membenarkan Khairy danRosnah terus bergerak ke hadapan selepas masing2 menang dalam perebutan pemuda dan puteri UMNO.

SOALNYA?

Apakah perubahan kepimpinan ini adalah transformasi yg digembar gemburkan?

Adakah pemimpin kanan yang dilucutkan hak bertanding adalah lambang transformasi iyang dijanjikan?

PERSOALANNYA?

Andai ini lah yang dikatakan transformasinya,

apakah dahulu tiada bertukar kepimpinan?

dan adakah dahulu tiada yang dikenakan tindakan?

Jawapannya sudah ada dan ramai. Masih semua orang ingat Isa Samad malah Muhamad Taib sendiri adalah antara yang meniti pengalaman getir ini.

DALAM FIKIRANKU……

1. Aku baca satu artikel dari suatu akhbar luar negara, katanya Malaysia sebuah negara yang tidak selamat dan rendah integriti sebab yang turun tidak bermaya yang naik penuh tanda tanya. Apa? Najib dikaitkan dengan Altantunya, juga skandal pembelian helikopter dan beberapa lagi.bagaimana orang begini boleh jadi pemimpin agaknya?

Lucu membacanya…tapi bila difikir memang inilah cara Barat mahu melemahkan Malaysia dengan meletakkan pandangan negatif ke atas pucuk pimpinan negara. Aku tahu ini semua adalah yang menjadi isu dalam negara ini. Aku tidak kata Najib buat atau tidak buat sebab aku hanya rakyat yang tahu maklumat dari bacaan sahaja. jadi aku hanya melihat mahkamah membuat keputusan dan inilah kesahihan sebab aku yakon mahkamah Malaysia memang telus.

Semua tuduhan ini tidak pernah dibuktikan kesahihannya berdasarkan undang2 dan perlembagaan yang kita julang selama ini.

2. Apakah transformasi yang UMNO perlukan sebenarnya?

1. Pemilihan UMNO selepas ini bakal melibatkan semua ahli disemua peringkat bagi mengelakkan politik wang dan lebih telus. Aku memang setuju.

2. Ketetapan masa yang ada had untuk seseorang memegang jawatan.

Aku tidak setuju. sebab biarlah dia nak pegang jawatan tu lama lama pun sebab orang yang pilih dia. Lagi, andainya orang itu bagus dan cemerlang tapi dah cukup masa maka terpaksa berundur. ini adalah suatu kerugian pada negara. Contoh Tun Mahathir. Andai orang sudah tidak mahu, cuma undi sahaja orang lain untuk memimpin. Tak perlu hadkan masa.

3. Sebenarnya masalahnya adalah masalah politik yang kotor. Yang mengotorkannya adalah ahli UMNO. Yang bertanggungjawab membersihkannya juga adalah ahli UMNO. Untuk membina suatu ketamadunan yang perlu dijulang bukan keris kedaulatan, yang disorak bukan hak yang dituntut namun yang diangkat adalah kejujuran menjadi pemimpin yang sebenar. Maka, selagi yang berpolitik masih terus mengotorkan hamparan di atas lantai politik ini selagi itulah ia akan terus menjadi kotor dan ketamadunan bangsa akan terbantut pembinaannya.

4. Transformasi membersihkan jiwa adalah jawapannya.

5. Selama ini dasar dan konsep parti dicipta. Mulia luhur dan mahmudah salutannya. Namun akhirnya mengapa mazmumah yang menjadi rupanya? Pemerhatian….kalau di peringkat bawahan seringnya dasar sudah tinggal dasar. Habis yang di atas menjerit2 melaung tapi laung sahaja sebab yang di bawah yang akan laksana. Tapi sayang, yang melaung terus melaung dan yang dilaung dengar tapi sekadar dengar. Akhirnya, ketamadunan bangsa menjadi korban.

ANDAI….bangsa ini mahu mengubah nasibnya di bumi yang diperjuang sebagai tempat asal kejadiannya,

bangsa ini yang perlu berubah

yang diamanah menjadi pemimpin bangsa, bergeraklah sebagai ahli politik berwibawa

yang bertanggung jawab memilih pemimpin bangsa, didiklah jiwa menjadi jiwa merdeka yang mulia

agar ketamadunan bangsa ini dapat dicipta semula

bagai Melaka pernah gah menjadi pusat dagangan dunia

semua nya ada di tangan kita semua.

Kategori: Politik

Barrack Obama vs Mc Cain = Pilihanraya Presiden US

November 6, 2008 · 1 Komen

Akhirnya pilihan raya presiden US tamat dengan kemenangan besar barrack obama sekaligus menjadikan beliau presiden berkulit hitam yang pertama. demokrasi memberi keadilan kepada semua. haha. tetapi tidak untuk sesiapa yang bergelar islam. itulah makna demokrasi dalam perspektif US agaknya.

Ada beberapa perkara yang bakal menjadi tumpuan dan perhatian orang ramai. pada perspektif aku mudah sahaja. aku berminat untuk mengetahui apakah?

1. umat islam dan negara islam akan mendapat layanan yang sama seperti sekarang atau ada perubahan dengan penerimaan dan layanan yang sewajarnya.

2. bagaimana obama akan mengeluarkan US dari krisis kewangan yang melanda US sekarang. Ini adalah cabaran paling besar dan bakal menjadi penentu kepada kepimpinan obama.

3. apakah akan jadi dengan tentera US di bumi afghan, iraq? berundur atau terus seperti polisi Bush?

4. Iran dengan kuasa nuklear akan duduk berdamai dengan US di bawah pimpinan obama atau terus berlarutan seperti sekarang.

Secara pemerhatian mata kasar, dapat disimpulkan kemenangan obama bergantung kepada beberapa faktor:

1. usia yang terlalu jauh antara obama dan mccain. ramai orang akan berfikir kalai mccain sakit atau mati siapa yang akan mengambil alih kepimpinan? Palin? mccain terlalu tua untuk menjadi presiden.

2. sebab pemilihan naib presiden yang tidak tepat oleh mccain. palin bekas ratu cantik. haha…. awalnya nampak seperti mendapat sokongan padu kerana mengangkat kewanitaan dalam politik bermula kisah anak nya mengandung luar nikah satu persatu kisah buruk menimpa palin dan kesempatan ini diambil oleh lawan untuk menjatuhkannya. lebih baik palin jadi penasihat agensi model sahaja…

3. penguasaan media massa. Obama bijak melaburkan jutaan ringgit untuk mengusai media yang menjadi medium paling dekat dengan pengundi. Obama ada myspace, friendster, blog juga facebook. cukup remaja bukan? cuba Paklah juga buat benda yang sama…. menarik tak?

4. kelemahan dan kehilangan percaya pada Bush dibawah satu part yang sama. juga membuat orang tidak mahu memilih mccain kerana bimbang dasar bush akan tetap diteruskan.

apapun yang berlaku. dunia perlu tahu bahawa tidak banyak dasar akan berubah walau siapa pun yang memegang tampuk presiden US. Pada mereka semua US perlu menjadi yang paling dominan dan berpengaruh. Biar lakukan apa sahaja demi menjadi yang dominan. darah yang tumpah tiada nilai sebab mereka bukan rakyat US. darah tentera mereka yang tumpah berbaloi sebab besar relatifnya berbanding darah umat islam yang tumpah.

pada aku tiada apa2 berita kegembiraan pun yang diterima oleh seluruh dunia hasil perubahan kepimpinan US ini.

Kategori: Politik