ZARULAZHAR

PPSMI dimansuhkan semula

Julai 10, 2009 · 5 komen

Assalamualaikum wbt. Isu yg timbul ini pasti masih diperbualkan semua orang. Dato’ datin tan sri toh puan YB tuan makcik pakcik abang kakak adik guru pensyarah ibu bapa anak kecil pun!!! mengambil tempat memperhati perkembangan PPSMI.

Sejarahnya kalian boleh baca dibanyak laman sesawang dan blog. Diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir dan dimansuhkan oleh Kementerian Pelajaran dibawah pimpinan Dato Seri Muhyidin Yassin pada 2012 secara berperingkat.

Isunya ialah kenapa dimansuhkan dan kenapa tidak dimansuhkan?

Kewajaran utama ia dimansuhkan adalah atas alasan:

Keciciran pelajar di kawasan pedalaman yg akhirnya mewujudkan jurang pendidikan antara pelajar bandar dan luar bandar

Yang terfikir ialah mengapa agaknya kerajaan perlu mewujudkan pelajaran sains? mungkin ia juga wajar dimansuhkan. Sebab sekolah pedalaman bnyk kurang fasiliti. Tetapi tidak boleh sebab sains penting! Masalahnya bahasa inggeris juga penting!

Tetapi dari sudut pemahaman umumnya kita pasti kasihan kerana pelajar2 ini yg belajar dlm bahasa melayu pun merangkak2 apatah lagi mahu mengusainya dalam bahasa inggeris. Tambah nazak lagi apabila guru2 yg mengajar pun lemah dalam bahasa inggeris. Bahaya takut tersesat pula ilmu yg diajar.Kasihan guru2. Ada juga kewajaran untuk dimansuhkan.

Namun yg menjadi soalnya belajar sains dan matematik dalam dalam bahasa inggeris ini bukan macam kita belajar bahasa inggeris perlu betul semua tatabahasa. Konsepnya selagi jawapan dapat disampaikan maksudnya maka jawapan boleh diterima. Perkataan yang ada pun bukan yang pelik2 macam kita belajar sastera inggeris!

Lagipun tahukah anda UITM adalah salah satu universiti yang menjadikan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar. Dan di universiti inilah juga ramai anak2 kampung desa dan pedalaman mengambil tempat untuk belajar. Dan universiti ini juga mampu melahirkan mahasiswa yang baik walaupun anak2 desa ini belajar dalam bahasa inggeris! Jadi apakah justifikasi anak desa tidak tahu belajar dalam bahasa inggeris?

Tapi itu mungkin kerana kematangan dan mereka sudah dewasa dan mempunyai kemampuan menyerap perubahan di sekitar tidak seperti adik2 yg baru mengenal ABC dan 123.

Pepatah melayu kata meluntur buluh biar dari rebungnya.Benarkah dan sesuaikah pepatah ini dgn isu PPSMI? Anda menentukannya.

Mempertahankan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan

Banyak cara mempertahankan dan mendaulatkan bahasa melayu selain daripada sibuk mengajar 2 subjek dalam bahasa melayu!

Antaranya ialah mewajibkan semua ucapan menteri,ahli YB dan kepimpinan yang menjadi teladan kepada rakyat dalam bahasa melayu.bukan hanya pada majlis rasmi.

Memperkasakan DBP.

Mewujudkan sistem P&P yang lebih baik dan bukan orientasi periksa sahaja.

Mengukuhkan nilai bahasa dengan mewujudkan standard yg jelas.  Bukan berubah2 sepanjang masa.

Ini semua jauh lebih penting dari sibuk mahu berjuang sains dan matematik dalam bahasa melayu. Bahasa melayu tercalar bukan sebab PPSMI tapi sebab lain. Punca calarnya bahasa melayu perlu dicari. dan perlu diselesaikan puncanya.

Hanya belajar dalam bahasa inggeris untuk 2 subjek pasti tidak menjadikan kita berjiwa Amerika atau Eropah. Apakah salahnya PPSMI.

Penyelesaian isu

Akhirnya PPSMI dimansuhkan: Ada yang setuju dan ada yang tidak setuju. Ada yang kata keputusan ini tidak perlu lagi dipersoalkan. Aku menerima keputusan kerajaan kerana mereka pasti telah melakukan keputusan berasaskan penyelidikan yang rapi dan teliti.

Namun pegangan aku masih sama. PPSMI WAJAR DALAM BAHASA INGGERIS kerana ia tidak mencemarkan bahasa pun.

Kata Menteri pelajaran: Bahasa Melayu didaulatkan dan bahasa inggeris diperkasakan:

Maka bilangan jam belajar bahasa inggeris ditingkatkan dari sekolah rendah hingga ke Menengah tinggi.

Masalahnya! mematapkan bahasa inggeris bukan dengan menambahkan waktu belajar tetapi memperbaiki sistem P&P bahasa inggeris yang sangat membosankan. Ia perlu diubah untuk menjadikan pelajaran bahasa inggeris lebih menarik anak2 belajar.

Ini adalah pengalaman. Kalau belajar dalam kelas 1 jam rasanya yang dibelajar hanya 10 minit sahaja. Kerana sistem pembelajaran bahasa inggeris di malaysia ini sangat tidak menarik. Masuk kelas buka buku buat karangan dan latihan. Ia perlu diubah menjadi lebih praktikal untuk memgembangkan minat dikalangan anak2.

Kategori: Sosial
Tagged: ,

5 gerakbalas-gerakbalas so far ↓

  • ~nas~ // Julai 10, 2009 pada 10:21 pm | Balas

    mmg lh btul bnda yg abg zrul ckp tu..
    klu lah sistem p & p menarik
    tntu rmai student tk pnteng
    pling pnteng student pn phm..
    tp
    nas still lg pkir wjar ppsmi dimansuhkan..
    sbbnya ..
    kenapa ngara2 yg mju mcm jpun guna bhasa msing2 tp stil lg maju???terpikir??

    zarulazhar: soalnya apakah apa yg negara maju buat mewajarkan kita untuk buat?
    soalnya adalah kewajarannya diteruskan selepas 6tahun dilaksanakan? negara maju bnyk kemampuan kepakaran dan kehebatan penterjemahan pada dokumentasi sains. berbanding malaysia yg tidak mmpunyai dokumentasi penterjemahan yg tepat. Ini lebih tidak baik. Akhirnya banyak bahasa inggeris yg dimelayukan. Apakah ini maratabatkan bahasa melayu?

  • tooyid // Julai 11, 2009 pada 8:17 pm | Balas

    Brother jgn cakap tak de terjemahan. Awak tu buat apa untuk terjemahan? Mari terjemahkan banyak artikel dlm wikipedia ke dalam wikipedia bahasa melayu. Aku dah banyak sumbangkan. Kau bila lagi?

    zarulazhar:Maaflah tuan, saya selalu disuruh buat research akademik untuk tujuan tertentu dan tahukah tuan yg wikipedia adalah laman yg disenaraikan senagai sumber yg tidak digalakkan rujukannya. Sebab, pasti tuan sendiri tau kesahihannya tidak jelas.Maksud saya terjemahan ini adalah terjemahan yg jelas dan menyeluruh. Wikipedia juga bersifat permukaan sahaja maklumatnya. Usaha tuan juga bagus, sayangnya apakah ini sudah cukup? Tuan pergilah ke perpustakaan negara dan pergi ke bahagian akademik dan kira lah buku bahasa melayu. Saya tidak menterjemah kerana bimbang terjemahan berbeza maksud.Tidak mahu menyesatkan orang. Insyaallah,ada juga tulisan saya yg dalam bahasa melayu.

  • Emelda Jumari // Julai 14, 2009 pada 10:12 am | Balas

    Zarul, saya senang membaca entri awak ini kerana saya juga turut mengikuti perkembangan isu PPSMI ini dan jujurnya, artikel yang terdapat di akhbar S’pura tidaklah mengupas isu hangat ini secara menyeluruh atau mencerminkan sentimen rakyat M’sia yang berbeza-beza.

    Walaupun secara prima facie ia tampak seperti isu dalaman negara M’sia, sedikit sebanyak ia tetap akan mempengaruhi apa yang berlaku di negara jiran seperti Singapura kerana peranan dan penggunaan Bahasa Ibunda (Melayu, Tamil & Mandarin) di sini tidaklah memainkan fungsi ilmiah yang kritikal.

    Di sini, saya tetap mengikuti perkembangan pemansuhan PPSMI ini kerana ianya menarik bagi saya yang tidak tahu pernah mempelajari Sains & Matematiks dalam Bahasa Melayu..sudah pastinya saya akan gagal memberikan terminologi atau peristilahan yang mudah sekalipun! =)

    zarulazhar: Emelda,isu ini sudah lama berlarutan dan akhirnya keputusan diambil untuk memberhentikannya. Ini adalah pada fahaman dan pandangan peribadi saya sahaja. Hanya satu sahaja persoalan yang masih tidak terjawab..Adakah dengan belajar sains dan matematik bakal menyebabkan bahasa melayu tercemar?

  • nasrul // Julai 17, 2009 pada 3:38 pm | Balas

    saya sgt setuju dgn pandangan abg zarul…ppsmi bukan utk penguasaan bahasa inggeris tetapi utk sains n matematik yg byak derivativesnya…istilah yg sentiasa bertukar n beza ngn bahasa inggeris ia tidak memerlukan tatabahasa yg kukuh cuma pembuktian yg tepat dengan persoalan.selaku pelajar sains di IPT sya rasa amat merugikan pemansuhan PPSMI.utk kuatkan bahasa inggeris tak perlu tambah masa sedangkan yg 1jam pun naik bosan apatah lagi ditambah berjam-jam.P&P yang perlu bersesuaian…yakni menarik…

    zarulazhar: Nasrul,pandangan kita hanya pandangan sebab Tan Sri Muhyidin baru sahaja menegaskan penukaran adalah muktamad. Kita berdoa inilah tindakan yang tepat=)

  • Shakirah // Julai 21, 2009 pada 11:17 pm | Balas

    Assalammualaikum….
    Pada saya, isu ini tak boleh timbul kalau bahasa inggeris tu sendiri di perkasakan dari teras. Maksud saya, the foundation of English Language must be strong in order to teach and learn Maths and Science in English.
    Pada saya, tak salah wawasan Tun Dr. Mahathir, cuma, kebolehan anak-anak yg rata-rata terdiri dari ibu bapa yang berpelajaran dan kurang berpelajaran memainkan peranan besar sebenarnya. Bukan itu sahaja, bahkan, guru-guru yang mengajar itu, bahasa inggeris yang dijadikan bahasa penghantar juga perlu tepat.Pendapat saya, tidak ada sapa pun yang salah, isu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris tidak sepatutnya timbul jika kita selidik hingga ke akar umbi dan perkenalkan bahasa itu secara berperingkat, bukan serta merta. Tackle from the source not tackle overall.
    Sekian, ini hanya pendapat sahaja. Maaf andai ada yang tersinggung

    zarulazhar:benar juga pandangan shakirah, tiada yg perlu tersinggung sebab semua orang akan ada pandangan dan perspektif yg lain dan berbeza.

Tinggalkan Komen