ZARULAZHAR

Antara Nizar dan Dr Zamry

Mei 12, 2009 · 9 komen

Kisah antara dua zaman

Satu persatu kontroversi timbul dalam kerajaan Perak. Main rebut-rebut.  Bila terkenang dan terfikir pasal isu ini aku pasti teringat nostalgia semasa kecil. Waktu budak2. Akal pun pendek. Tidak tahu baik buruk lagi. Belum matang. Kalau mahu tetap mahu sampai menangis tak henti henti mahukan apa yang dimahu.

Masa kecil2 selalu rebut2 barang dengan adik beradik. Kadang2 dengan adik kecil sendiri, dengan kakak atau abang pun boleh jadi. Apatah lagi dengan kawan sekelas dan anak jiran sebelah rumah.

Tapi itulah. Emak tak marah sebab katanya “alah.budak2 kecik,apa lah yang tahu”

Biarlah mereka berebut. Berebut ini suatu kebiasaan buat anak2 kecil.

Bila duduk depan tv dengan emak. lihatlah orang main rebut rebut siapa MB. Emak marah pula kali ini. Bukankah yang rebut2 ini budak2 kecil. Kenapa emak marah? Marah pada Nizar atau pada Zamry yang berebut?

MOHD NIZAR JAMALUDDIN

Gambar ketua pasukan Hijau (warna warni juga)  main rebut kerusi?

ZAMBRY ABDUL KADIR

Gambar ketua pasukan rumah Biru main rebut kerusi?

Kisah duka dan gembira

Suka dan duka memang biasa. Yang berebut dan dapat yang direbut suka. Yang tak dapat berduka. Tapi lepas tu boleh rebut lagi. Mungkin akan dapat dan jadi suka semula. Dan yang suka awalnya jadi sedih semula.

Dalam main rebut rebut ini. Agaknya apalah nasib orang yang memilih agaknya. Main tukar2 MB macam tukar baju agaknya. Kenapa suka rebut rebut. Ini mainan anak kecil.

Rakyat memerhati dan melihat. Aduh, ini rupanya orang yang aku pilih untuk membina negeri yang dicintai. Macam anak2 kecil main rebut2 cuma berbeza sedikit sahaja cara rebut.

Pernah siapa cakap apa nasib negeri. Berebut untuk kepentingan rakyat atau kuasa sendiri? Kalau berkuasa banyak yang boleh dinikmati. Semua sekali.

Lepas ini kita boleh main2 jual2 barang pula. Boleh belajar berniaga. Main beli kereta kemudian kita jual balik. Lepas ini boleh lah beli semula yang sudah dijual.

toyota_camry_new

Aku sudah loya. pening. bosan. meluat.

Kategori: Politik
Tagged: , , , , ,

9 gerakbalas-gerakbalas so far ↓

  • rayme // Mei 13, 2009 pada 8:12 am | Balas

    kesian rakyat perak..

  • angelizwan85 // Mei 14, 2009 pada 11:44 pm | Balas

    Ahli politik yg berebut bkn cam budak2 namanya…tapi mkin sama standard dgn org yg duk Tjg Rambutan tuh…

    antara Nizar @ Zambry ….I don`t mind…sebab nya nothing will change

    zarulazhar: mana2 lah ye. Sama sahaja. haha

  • JahanVI // Mei 15, 2009 pada 4:14 pm | Balas

    sebab tu lah kalau kita nak membuast sesuatu keputusan mestilah ditimbang2 dulu. banyak kali timbang lagi bagus agar keputusan kita dapat yang terbaik. kalau dah berlaku mcm ni kan semua org susah. sapa yang nak di persalahkan… mereka yang terlibat lah…

    zarulazhar: Setuju sangat dengan Jahan.

  • epol // Mei 19, 2009 pada 11:10 pm | Balas

    kereta tuk dijual dri kerajaan perak..warna hitam metallic…..harga boley dirunding……bkn camry tpi zamry…wakakakkakaka

    zarulazhar:siapa2 boleh beli

  • epol // Mei 20, 2009 pada 1:45 am | Balas

    aku rse la..psl krisi di perak ni..senang jerk…bubar dun…abis cte..serah kat rakyat…abis cte…bn ckp die de majoriti…ley dirikan kerajaan..itu mmg la btol…tpi mslh ny take over kerajaan xikut perlembagaan…mahkamah sndri decided nizar mb sah….klo nak suh nizar gentleman letak jawatan pom xbley…xadil la kan…mmg perlembagaan mmbenarkan lompat parti…tpi mslh ny bgaimana dgn akujanji yg dibuat sbelom berlaku lompat parti…akujanji mengatakan mana2 adun dri pakatan yg lompat masok parti akan diistiharkan kosong dan sume adun2 bersetuju dan sign akujanji 2…juz dimasokkkan tarikh je sebgai protokol surat rasmi perletakan jawatan…itu je..lagi satu..dimana adun2 ini dikatakan ilang beberapa ari,dan muncul trus menyokong bn dan istihar jadi bebas…so disitu ada keraguan…so..tdk adil la bagi nizar klo nak letak jawatan..btol x??dat’s y aku rse nizar panjaang kan kes ni ke mahkamah stelah pembubaran dun xdiperkenan kan sultan…sultan harus nmpak bende2 ni….sbb 2 aku ckp hny pembubaran dun je boley menyelesaikan mslh ni..nak diarapkan ada ny kerajaan campuran..aku rse susah kot…masing2 ngn ideologi masing2..so kerajaan tetp xstabil nnti…rakyat trime kesan…mengapa perlu berkira psl pembaziran tuk demokrasi dan kebaikan rakyat…sedgkan kerajaan bnyak mghabiskan duit tuk bail out kepada syarikat2 glc xpe plak…..2 pom dikira pembaziran…pembaziran xbertempat…apa salah ny wang digunakan tuk kebaikan..mnyuburkan lagi demokrasi..bubar dun..abis cte..ko ley stuju ngn aku x?ini bgi pandagan aku la seorg anak muda yg masih blaja..ekekekke

  • Ruqaiyah // Mei 20, 2009 pada 6:31 am | Balas

    kalaulah tahap kematangan ni boleh disukat..heh..

  • epol // Mei 21, 2009 pada 1:24 am | Balas

    aik….mane komen aku??2 pendapat aku…xkan xley post kot…….aku blah r dri blog nie…….blog ni demokrasi terpimpin……..zzasssssss!!

    zarulazhar: Sorry terlepas pandang komen yg lps

  • wirna sakti // Jun 11, 2009 pada 1:47 pm | Balas

    dilema politik malaysia……….paling kontroversi

  • rosmaria // Julai 1, 2009 pada 7:52 pm | Balas

    politik vs kritik….

Tinggalkan Komen