ZARULAZHAR

Belajar untuk periksa…

Mei 3, 2009 · 1 Komen

study1

20 April sudah habis kelas dan bermula minggu belajar (study week). Semester ini aku ada 1 sahaja subjek yang perlu jawab periksa iaitu ECO535 Labor economics nama subjeknya. 6hb tarikh duduki exam. Makna nya aku ada hmpir 3 minggu study bermula dr study week. Study atau tak?

Minggu pertama aku sibuk menyiapkan pembentangan hasil kerja thesis aku dan siapkan laporan penuh untuk dihantar. Minggu kedua ke Sekolah Alam Shah berkongsi ilmu debat dan ke UIA Interschool Open. Minggu ketiga memang aku dah janji untuk mula belajar. 7 hari untuk 7 chapter.

Sayang sekali aku dah pegang 3 hari buku tapi 1 chapter pun tak habis lagi. Ada lagi 2 hari lagi. Tiap kali buka buku aku mula pening2. Terus pengsan!! Sebenarnya tidur memanjang. Risau dan bimbang. Macam2 aku dah buat untuk naikkan semangat belajar.

Ada kawan aku kata otak dah berkarat lah tu.Maklumlah semester ini tiada banyak kena study untuk exam macam semester lepas-lepas. Subjek lain buat assignment dan presentation je. Tak perlu hafal2.

Apapun,aku tetap perlu terima kenyataan aku kena ambik periksa Rabu ni. 2 hari lagi. Bersemangatlah!!!

Doakan aku ya semua!!

Kategori: Personal

1 respon so far ↓

Tinggalkan Komen