Dikhabarkan ke seluruh negara Malaysia semalam yang barisan kepimpinan baru di ketuai Pak Najib akan diketahui hari ini.
Lalu aku pun sehari suntuk menantikan perkhabaran ini. Sekejap-sekejap aku jenguk tv kejap-kejap aku jenguk internet. Masih tiada.
Akhirnya aku jumpa satu pernyataan : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan barisan kabinet barunya di Jabatan Perdana Menteri pada pukul 3 petang esok (9 April 2009)
Terpaksa kita semua menunggu lagi.
Kali ini cukup mendebarkan sebab:
1. Khabarnya Pak Jib akan mengecilkan saiz kabinet. Maksudnya ramai Pak Menteri akan hilang jawatan.
2. Akan ramai muka baru akan mengambil alih pejabat-pejabat besar di Putrajaya. Ramai juga yang sudah tua akan hilang jawatan.
3. Khairy Jamaluddin akan naik sebagai menteri atau tidak? Beliau ketua pemuda. Secara asasnya besar kemungkinan Khairy akan dilantik.
Tapi, desakan kuat di pelbagai peringkat tidak mahu Khairy jadi menteri sebab bermain politik wang. Tun Mahathir jelas-jelas tidak suka Khairy dalam kabinet.
Inilah cabaran buat Najib. Kalau masukkan Khairy nanti Tun M merajuk lagi. Tun M boleh jatuhkan Najib macam Pak Lah ditekan hebat. Siapa mahu jawab?
Biarlah apapun yang jadi.
Siapa pun yang digelar menteri.
Moga-moga bumi Malaysia ini akan terpelihara keharmoniannya.
Anda bacalah kabinet jangkaan oleh Malaysia Kini:
Kabinet Najib esok penuh kejutan
Barisan kabinet baru yang dijangka diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak esok, dipercayai penuh dengan kejutan dengan membariskan ramai muka baru.
Malaysiakini difahamkan bahawa anggota kabinet kali ini terdiri daripada barisan pemimpin yang mendapat sokongan akar umbi dan mereka yang menganggotai Majlis Tertinggi Umno yang baru.
Esok juga, Najib dijangka mengumumkan pelantikan Tan Sri Muhyiddn Yassin sebagai timbalan perdana menteri.
Di samping itu, Muhyiddin juga dijangka dilantik menerajui kementerian dalam negeri.
Selain membariskan ramai muka baru, kabinet esok juga dijangka menyaksikan penggabungan beberapa kementerian.
Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang memenangi jawatan naib presiden Umno, akan kekal menerajui kementerian pelajaran yang dijangka digabungkan dengan kementerian pengajian tinggi.
Nama-nama lain yang disebut-sebut akan membarisi kabinet baru termasuklah ahli parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir yang dijangka menerajui kementerian belia dan sukan.
Menteri penerangan baru
Manakala penyandangnya, Datuk Ismail Sabri Yaakob – yang turut menang kerusi Majlis Tertinggi Umno – dijangka dipindahkan ke kementerian pelancongan.
Seorang lagi muka ialah Senator Datuk Azian Osman yang dijangka dilantik sebagai menteri di jabatan perdana menteri (JPM).
Beliau yang juga pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menduduki tempat keempat dalam senarai pemenang kerusi MT Umno.
Naib ketua Pemuda Umno yang baru – Datuk Razali Ibrahim - juga dijangka dilantik menerajui kementerian kemajuan luar bandar dan wilayah.
Manakala seorang lagi muka baru ialah ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan yang dijangka dilantik menerajui kementerian penerangan.
Manakala Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi – yang kini menteri di jabatan perdana menteri – dijangka dilantik menggantikan Muhyiddin di kementerian perdagangan antarabangsa dan industri (MITI).
Chor Ha menteri perumahan?
Ahmad memenangi jawatan naib presiden dengan undi tertinggi. Sseorang lagi naib presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal dijangka dilantik sebagai menteri pertahanan.
Manakala menteri pertahanan dijangka diisi oleh seorang lagi muka baru – Datuk Zainal Abidin Osman.
Beliau yang menduduki tempat kelima kerusi MT juga merupakan bendahari Umno Pulau Pinang.
Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman pula dijangka dilantik sebagai menteri dengan tugas-tugas khas di JPM.
Manakala Naib Presiden MCA yang baru – Kong Chor Ha – dijangka dilantik sebagai menteri perumahan dan kerajaan tempatan.
Malaysiakini difahamkan, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang juga ahli Parlimen Rembau tidak terpilih menganggotai kabinet baru Najib.
5 gerakbalas-gerakbalas so far ↓
Man Toba // April 9, 2009 pada 1:41 pm |
please
zarulazhar: apakah yang please nye mantoba?
Top Posts « WordPress.com // April 10, 2009 pada 8:31 am |
[...] Barisan Kabinet Baru Malaysia 2009 Dikhabarkan ke seluruh negara Malaysia semalam yang barisan kepimpinan baru di ketuai Pak Najib akan diketahui hari [...] [...]
~mocca~ // April 12, 2009 pada 11:46 pm |
bagus r…sekurang-kurang nye ade org bru..asyik muka sama je pegang jawatan…perubahan x bnyk…hrp owg bru ni tau & x abaikan tggungjwb mereka..
zarulazhar: saya setuju dgn mocca.banyak encik dan puan dalam kabinet sekarang ni=)
syafiq // Jun 16, 2009 pada 3:29 pm |
bagus2… senang cari..
bn boleh // Julai 23, 2009 pada 12:20 pm |
boleh tahan la