ZARULAZHAR

Terima kasih Tuhan

Oktober 19, 2009 · 1 Komen

Lagu ini acap kali menerobos gegendang telinga aku semasa zaman persekolahan. Maklumlah tinggal di asrama sekolah agama. Lagu2 nasyid menjadi dendangan di pembesar suara setiap waktu selepas tamat solat asar hingga jam 630petang. Antara lagu2 yg didendangkan ialah terima kasih tuhan dari mawaddah ini.

Soalnya?

pernahkah dan seringkah kita menlafazkan terima kasih tuhan sepanjang kita bergelar manusia yang bernafas dgn udara yang dikurnia oleh Allah swt?

atau kita tidak sedar yang kita sedang hidup dimuka bumi tuhan yang maha mulia dan pemurah ini.

Hakikatnya, saban hari kita melakukan dosa kecil atau besar. Saban hari juga hidup kita ini disulami nikmat Allah.

Walaupun kita terus melakukan dosa dan derhaka pada Allah namun Allah tetap memberikan nafas kepada kita.

Tatkala kita lupa dan leka juga Allah masih mengurniakan nikmat besar kepada kita.

Aku merenung, memikir dan mentafsir betapa Allah maha pemurah.

Kadangkala rezki yg datang menjengah ini seolah suatu sindiran pada hambanya yang jarang bersyukur.

Ya Allah….aku memohon kau jauhkan diriku keluarga ku rakan ku dan umat islam semua dari lupa akan nikmat mu.

→ 1 CommentKategori: Personal

kiriman tanpa tajuk

Oktober 12, 2009 · 1 Komen

akhir tahun saban tahun pasti ramai dilanda gelisah.

pelajar sekolah di uji UPSR PMR SPM STPM

mahasiswa universiti menghadapi peperiksaan akhir

yang berumah tangga berfikir belanja akan datang yang semakin mahal

AKU

mahu gelisah juga

mahu tertekan juga

tapi tidak pasti dmana puncanya

periksa sudah tiada dan anak belum ada

SEBABNYA

menanti sesuatu yang tak kunjung tiba

sunyi dan bisu seribu bahasa

bertemu sesuatu yang dinanti

namun tidak seindah yg dijangka

inilah kehidupan yang penuh warna warna

→ 1 CommentKategori: Personal

999, pencuri, hari raya dan aku

September 26, 2009 · Tinggalkan Komen

b11 talian kecemasan 999

Andai ditanya apakah yang kita tahu tentang 999 pasti semua orang tahu ini adalah talian kecemasan yang memudahkan kita menghubungi polis, bomba atau ambulans. Semua orang tahu.

Kerana ia terlalu mudah maka ia menjadi permainan anak2 kecil yang suka main tekan tekan telefon di rumah. Jadi hobi mereka di masa lapang terutamanya mak ayah yang tak ambil kisah apa yang anak2 buat di rumah. Benarkah? benar juga ini berlaku.

Disebalik perlakuan kanak2 yang tidak tahu baik buruk ini, rupa-rupanya ada fakta yang lebih memeningkan. Pasti ramai yang tidak tahu. Biar carta pai di bawah yang menerangkannya:

new-pictureInilah realitinya. Yang sudah besar pun suka jadikan main tekan tekan telefon ini sebagai hobi mereka!!

Selain daripada itu mari kita lihat fakta lain

1.5 juta panggilan setiap bulan kepada nombor ini dan panggilan palsu adalah 95% daripada panggilan ini. bermakna 1.4 juta adalah panggilan palsu!!

Sekadar berkongsi sedikit fakta sebelum berkongsi cerita realiti yang melibatkan aku pada hari raya ke tiga tahun ini!

Jam 8 malam seperti biasa seluruh keluarga di hadapan TV menonton berita di TV3 walaupun aidilfitri menjelma. Kami baru pulang dari kampung dan jiran2 masih ramai yang di kampung masing2.

Kira2 jam 850malam deruan enjin cemas di halaman rumah di ikuti ketukan dan salam yang kuat dipintu rumah oleh sepupu ku. Fendi yang baru balik beraya bersama isteri dan dua anak kecil.

Katanya rumah jiran aku kira2 80 meter dari rumah aku diceroboh orang asing yg tidak dikenali. Pakistan. Ada lori. Raya tahun lalu rumah yang sama dirompak dan habis semua barang diangkut dengan lori. Adakah peristiwa sama berulang lagi?

Aku mencapai parang panjang bergegas ke rumah tersebut bersama Fendi. Anak dan isteri Fendi tinggal dirumah aku. Emak telefon jiran sebelah minta tolong pergi tengok sama.  Sementara aku dan sepupu aku mengawasi rumah jiran. Isteri Fendi telefon ayahnya. Kakak aku telefon kawannya minta bagi tahu ayah kawannya. Lihat?.

Mungkin yang ditelefon akan menelefon orang lain. Apa hasilnya?

Aku lihat ada lori. Dalam rumah gelap gelita tapi mmg mcm ada yang tak kena. Berdebar juga!! Buatnya ada senjata api. Aku masih di luar pagar sementara Fendi ke rumah sebelah lagi meminta bantuan.

Akhirnya aku mendail 999 buat julung2 kalinya!! haha…pantas panggilan aku di jawab dan di sambung ke balai polis berhampiran. tidak sampai 5 minit. Maknanya mmg berguna talian ini. Kalau digunakan sebaiknya.

Selang 10 minit hampir 10 orang kampung di hadapan pagar. Selang 20 minit 20 orang dan 30 minit sudah 30 orang. Macam2 ada. Tongkat, kayu, parang, beruti.. ganas juga!

Mungkin suasana jadi bising sedikit menyebabkan orang yang di dalam rumah rasa kurang senang dan muncul kelibat 3 orang pakistan…katanya mereka di upah menjaga rumah tersebut.

kami tanya siapa nama tuan rumah? tidak tahu

apa nombor tuan rumah? tidak tahu

pelik tapi benar. dalam kepayahan berbahasa melayu dia menerangkan yang sepatutnya orang lain yang diupah menjaga rumah tapi orang tersebut mengupah mereka pula untuk jadi penjaga rumah!! Tidak amanah.

Kami telefon tuan rumah untuk kepastian. tidak dapat dihubungi…..jadi lama lah drama berlangsung. sehinggalah 30 minit kemudian polis sampai dan membuat keputusan untuk menahan semua pakistan tersebut di balai kerana mereka gagal membuktikan kesahihan mereka sebagai orang yang di amanahkan.

30 minit kemudian tiba satu lagi kereta peronda polis. dan mulalah drama penahanan. Tiba2 salah seorang penduduk kampung mencelah dengan tenang. Ni cik, anak tuan rumah dapat call dah!! dan memang betul pakistan itu di amanahkan menjaga rumah dan terlepaslah dari di lokapkan malam itu..

SOALNYA??

1. Kenapa tak bagi tahu yang rumah tu dijaga pakistan pada jiran tetangga?

2. Pakistan tu diberi kuasa mcm tuan umah sbb dia diberi kunci masuk sampai bilik tidur tuan rumah. Percaya betul pakcik nie. Masa kami masuk rumah, ruang tamu bersepah sedikit sebab Pakistan ni dok tengok astro sambil makan kuih raya tuan umah!! huisssyoooo….aku pun tak makan lagi kuih raya pakcik nie.

3. Berani dia bg kunci rumah pada orang asing yang kemudian bagi pulak pada orang lain. Kalau di duakan kunci ni untuk merompak pada masa depan macam mana agaknya.

4. Kenapa perlu upah orang asing sedangkan ramai lagi jiran tetangga yang sama bangsa dan dikenali. Kenapa agaknya?

Akhirnya…semua orang geleng kepala. Aku, pak imam, sepupu aku, jiran sebelah, orang kampung dan pak cik polis!!

→ Leave a CommentKategori: Personal

September 26, 2009 · Tinggalkan Komen

kad-selamat-hari-raya-1428

Dengan rendah hati ku pohon seribu kemaafan atas kesalahan atau kesilapan yang disengaja atau tidak disengajakan kepada semua.

Semoga aidilfitri kali ini membawa keberkatan untuk seluruh warga muslimin di seluruh dunia.

→ Leave a CommentKategori: Personal

Ramadhan berlari, Syawal menanti

September 7, 2009 · 3 komen

Ramadhan ialah salah satu nama bulan dalam kalendar hijrah yg diguna pakai oleh umat Islam dalam perkiraan hari kebesaran islam. Jarang diguna pakai dalam kalendar harian untuk tujuan penetapan hari sekolah, kerja, jualan tiket wayang atau tarikh untuk menyambut kemerdekaan.

Bila ramadhan tiba semua orang Islam wajib menahan diri dari lapar dan dahaga serta perbuatan yang membatalkan puasa. Sayangnya mengikut pemerhatian sepanjang aku bergelar pelajar hingga ke alam kerja. Masih ramai yg tidak mengikuti peraturan ini. Ada yg tidak menahan lapar dan dahaga. Malah mengenyangkan perut sepenuh mungkin di siang hari ibarat seperti makanan akan hilang dari muka bumi jika dinantikan hingga ke azan maghrib.

Sayangnya yang tidak menahan diri ini bukan wanita sarat mengandung, atau wanita yang tuhan berikan cuti tapi berganti atau pekerja ladang yg membanting tulang dari pagi hingga petang…mereka ini duduk kaki disilang.. penghawa dingin menyedapkan persekitaran. Mereka lupa pada TUhan…

Semakin lama di ramadhan ini, semakin sebak rasa di hati…bila kawan2 mula bising bising mencari tiket pulang berhari raya ia petanda ramadhan makin kuat berlari. untuk menyerahkan giliran pada syawal yang sedang senyum menanti.

Syawal mahu hadiahkan kegembiraan untuk semua umat islam yang sebulan berjuang menahan diri. Malah yang tidak menahan diri pun sibuk juga bersiap sepantas ramadhan yang berlari dengan hati mahu bergembira bersama Syawal yang menanti.

Sedih juga bila ramadhan pergi.

Tapi gembira kerana Syawal menanti.

Semoga Allah memberi masa lagi.

Untuk aku berlari bersama Ramadhan lagi.

Mengejar Syawal yang setia menanti.

Salam Ramadhan dan Syawal buat semua. Ampun dan maaf ku pinta.

→ 3 CommentsKategori: Personal

Antara manusia tumbuhan dan haiwan

Julai 17, 2009 · 1 Komen

Tuhan adalah pencipta seluruh isi alam,

Beza antara ciptaannya bukti  maha bijaksana,

Antara manusia, tumbuhan dan haiwan,

Hati dan perasaan menjadi pemisah antara semua,

Apakah

Kurniaan ini, kurniaan untuk menguatkan,

Atau kurniaan ini adalah untuk ujian,

Atau kurniaan ini adalah kelebihan,

Atau kurniaan ini adalah untuk mencalarkan.

Atau kurniaan ini adalah perbezaan semata

→ 1 CommentKategori: Personal

PPSMI dimansuhkan semula

Julai 10, 2009 · 5 komen

Assalamualaikum wbt. Isu yg timbul ini pasti masih diperbualkan semua orang. Dato’ datin tan sri toh puan YB tuan makcik pakcik abang kakak adik guru pensyarah ibu bapa anak kecil pun!!! mengambil tempat memperhati perkembangan PPSMI.

Sejarahnya kalian boleh baca dibanyak laman sesawang dan blog. Diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir dan dimansuhkan oleh Kementerian Pelajaran dibawah pimpinan Dato Seri Muhyidin Yassin pada 2012 secara berperingkat.

Isunya ialah kenapa dimansuhkan dan kenapa tidak dimansuhkan?

Kewajaran utama ia dimansuhkan adalah atas alasan:

Keciciran pelajar di kawasan pedalaman yg akhirnya mewujudkan jurang pendidikan antara pelajar bandar dan luar bandar

Yang terfikir ialah mengapa agaknya kerajaan perlu mewujudkan pelajaran sains? mungkin ia juga wajar dimansuhkan. Sebab sekolah pedalaman bnyk kurang fasiliti. Tetapi tidak boleh sebab sains penting! Masalahnya bahasa inggeris juga penting!

Tetapi dari sudut pemahaman umumnya kita pasti kasihan kerana pelajar2 ini yg belajar dlm bahasa melayu pun merangkak2 apatah lagi mahu mengusainya dalam bahasa inggeris. Tambah nazak lagi apabila guru2 yg mengajar pun lemah dalam bahasa inggeris. Bahaya takut tersesat pula ilmu yg diajar.Kasihan guru2. Ada juga kewajaran untuk dimansuhkan.

Namun yg menjadi soalnya belajar sains dan matematik dalam dalam bahasa inggeris ini bukan macam kita belajar bahasa inggeris perlu betul semua tatabahasa. Konsepnya selagi jawapan dapat disampaikan maksudnya maka jawapan boleh diterima. Perkataan yang ada pun bukan yang pelik2 macam kita belajar sastera inggeris!

Lagipun tahukah anda UITM adalah salah satu universiti yang menjadikan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar. Dan di universiti inilah juga ramai anak2 kampung desa dan pedalaman mengambil tempat untuk belajar. Dan universiti ini juga mampu melahirkan mahasiswa yang baik walaupun anak2 desa ini belajar dalam bahasa inggeris! Jadi apakah justifikasi anak desa tidak tahu belajar dalam bahasa inggeris?

Tapi itu mungkin kerana kematangan dan mereka sudah dewasa dan mempunyai kemampuan menyerap perubahan di sekitar tidak seperti adik2 yg baru mengenal ABC dan 123.

Pepatah melayu kata meluntur buluh biar dari rebungnya.Benarkah dan sesuaikah pepatah ini dgn isu PPSMI? Anda menentukannya.

Mempertahankan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan

Banyak cara mempertahankan dan mendaulatkan bahasa melayu selain daripada sibuk mengajar 2 subjek dalam bahasa melayu!

Antaranya ialah mewajibkan semua ucapan menteri,ahli YB dan kepimpinan yang menjadi teladan kepada rakyat dalam bahasa melayu.bukan hanya pada majlis rasmi.

Memperkasakan DBP.

Mewujudkan sistem P&P yang lebih baik dan bukan orientasi periksa sahaja.

Mengukuhkan nilai bahasa dengan mewujudkan standard yg jelas.  Bukan berubah2 sepanjang masa.

Ini semua jauh lebih penting dari sibuk mahu berjuang sains dan matematik dalam bahasa melayu. Bahasa melayu tercalar bukan sebab PPSMI tapi sebab lain. Punca calarnya bahasa melayu perlu dicari. dan perlu diselesaikan puncanya.

Hanya belajar dalam bahasa inggeris untuk 2 subjek pasti tidak menjadikan kita berjiwa Amerika atau Eropah. Apakah salahnya PPSMI.

Penyelesaian isu

Akhirnya PPSMI dimansuhkan: Ada yang setuju dan ada yang tidak setuju. Ada yang kata keputusan ini tidak perlu lagi dipersoalkan. Aku menerima keputusan kerajaan kerana mereka pasti telah melakukan keputusan berasaskan penyelidikan yang rapi dan teliti.

Namun pegangan aku masih sama. PPSMI WAJAR DALAM BAHASA INGGERIS kerana ia tidak mencemarkan bahasa pun.

Kata Menteri pelajaran: Bahasa Melayu didaulatkan dan bahasa inggeris diperkasakan:

Maka bilangan jam belajar bahasa inggeris ditingkatkan dari sekolah rendah hingga ke Menengah tinggi.

Masalahnya! mematapkan bahasa inggeris bukan dengan menambahkan waktu belajar tetapi memperbaiki sistem P&P bahasa inggeris yang sangat membosankan. Ia perlu diubah untuk menjadikan pelajaran bahasa inggeris lebih menarik anak2 belajar.

Ini adalah pengalaman. Kalau belajar dalam kelas 1 jam rasanya yang dibelajar hanya 10 minit sahaja. Kerana sistem pembelajaran bahasa inggeris di malaysia ini sangat tidak menarik. Masuk kelas buka buku buat karangan dan latihan. Ia perlu diubah menjadi lebih praktikal untuk memgembangkan minat dikalangan anak2.

→ 5 CommentsKategori: Sosial
Tagged: ,

Antara Nizar dan Dr Zamry

Mei 12, 2009 · 9 komen

Kisah antara dua zaman

Satu persatu kontroversi timbul dalam kerajaan Perak. Main rebut-rebut.  Bila terkenang dan terfikir pasal isu ini aku pasti teringat nostalgia semasa kecil. Waktu budak2. Akal pun pendek. Tidak tahu baik buruk lagi. Belum matang. Kalau mahu tetap mahu sampai menangis tak henti henti mahukan apa yang dimahu.

Masa kecil2 selalu rebut2 barang dengan adik beradik. Kadang2 dengan adik kecil sendiri, dengan kakak atau abang pun boleh jadi. Apatah lagi dengan kawan sekelas dan anak jiran sebelah rumah.

Tapi itulah. Emak tak marah sebab katanya “alah.budak2 kecik,apa lah yang tahu”

Biarlah mereka berebut. Berebut ini suatu kebiasaan buat anak2 kecil.

Bila duduk depan tv dengan emak. lihatlah orang main rebut rebut siapa MB. Emak marah pula kali ini. Bukankah yang rebut2 ini budak2 kecil. Kenapa emak marah? Marah pada Nizar atau pada Zamry yang berebut?

MOHD NIZAR JAMALUDDIN

Gambar ketua pasukan Hijau (warna warni juga)  main rebut kerusi?

ZAMBRY ABDUL KADIR

Gambar ketua pasukan rumah Biru main rebut kerusi?

Kisah duka dan gembira

Suka dan duka memang biasa. Yang berebut dan dapat yang direbut suka. Yang tak dapat berduka. Tapi lepas tu boleh rebut lagi. Mungkin akan dapat dan jadi suka semula. Dan yang suka awalnya jadi sedih semula.

Dalam main rebut rebut ini. Agaknya apalah nasib orang yang memilih agaknya. Main tukar2 MB macam tukar baju agaknya. Kenapa suka rebut rebut. Ini mainan anak kecil.

Rakyat memerhati dan melihat. Aduh, ini rupanya orang yang aku pilih untuk membina negeri yang dicintai. Macam anak2 kecil main rebut2 cuma berbeza sedikit sahaja cara rebut.

Pernah siapa cakap apa nasib negeri. Berebut untuk kepentingan rakyat atau kuasa sendiri? Kalau berkuasa banyak yang boleh dinikmati. Semua sekali.

Lepas ini kita boleh main2 jual2 barang pula. Boleh belajar berniaga. Main beli kereta kemudian kita jual balik. Lepas ini boleh lah beli semula yang sudah dijual.

toyota_camry_new

Aku sudah loya. pening. bosan. meluat.

→ 9 CommentsKategori: Politik
Tagged: , , , , ,

Belajar untuk periksa…

Mei 3, 2009 · 1 Komen

study1

20 April sudah habis kelas dan bermula minggu belajar (study week). Semester ini aku ada 1 sahaja subjek yang perlu jawab periksa iaitu ECO535 Labor economics nama subjeknya. 6hb tarikh duduki exam. Makna nya aku ada hmpir 3 minggu study bermula dr study week. Study atau tak?

Minggu pertama aku sibuk menyiapkan pembentangan hasil kerja thesis aku dan siapkan laporan penuh untuk dihantar. Minggu kedua ke Sekolah Alam Shah berkongsi ilmu debat dan ke UIA Interschool Open. Minggu ketiga memang aku dah janji untuk mula belajar. 7 hari untuk 7 chapter.

Sayang sekali aku dah pegang 3 hari buku tapi 1 chapter pun tak habis lagi. Ada lagi 2 hari lagi. Tiap kali buka buku aku mula pening2. Terus pengsan!! Sebenarnya tidur memanjang. Risau dan bimbang. Macam2 aku dah buat untuk naikkan semangat belajar.

Ada kawan aku kata otak dah berkarat lah tu.Maklumlah semester ini tiada banyak kena study untuk exam macam semester lepas-lepas. Subjek lain buat assignment dan presentation je. Tak perlu hafal2.

Apapun,aku tetap perlu terima kenyataan aku kena ambik periksa Rabu ni. 2 hari lagi. Bersemangatlah!!!

Doakan aku ya semua!!

→ 1 CommentKategori: Personal

The Road Not Taken

Mei 3, 2009 · 4 komen

Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim
Because it was grassy and wanted wear,
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I marked the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I,
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.

→ 4 CommentsKategori: Personal